Jumaat, April 30, 2010

Pro vs Kangkong









Baca selanjutnya ...

Khamis, April 29, 2010

Peruntukan Kilat RM3j

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya yang dibuat ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Rasa. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) ikhlas membantu rakyat dan tidak mahu ada pihak mempertikaikan janjinya serta berharap masyarakat Cina akan memberikan sokongan lebih banyak pada masa depan.

Saya buat perjumpaan ini kerana saya nak tunaikan janji saya pada pilihan raya kecil (Hulu Selangor) dan saya pun nak menafikan ada desas-desus (mendakwa) oleh kerana orang Cina tak bagi sokongan sepenuhnya kepada BN jadi tak perlu kita beri peruntukan kepada mereka."Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan (kerana) saya anggap ini tanda ikhlas kepada masyarakat Cina (dan) keikhlasan BN untuk terus mengharapkan kerjasama dengan masyarakat Cina walaupun pada hari ini dia tidak sepenuhnya mengundi kita, kita harap pada masa akan datang mereka akan memberi sokongan yang lebih banyak kepada BN," katanya pada majlis penyerahan cek di pejabatnya, di sini, semalam.


Berdoalah kita supaya ada di kalangan ADUN atau AP di kawasan kita meninggal atau meletakkan jawatan supaya ada pilihanraya kecil dan kita dapat peruntukan kilat dalam suasana ekonomi yang meleset dan penguncupan peruntukan kewangan kepada agensi-agensi kerajaan.
Baca selanjutnya ...

Action Song Competition

Persembahan 1 Malaysia SKTD

Wakil dari SK Tasek Damai


Baru-baru ini teman dijemput untuk menyampaikan hadiah pertandingan tersebut di Peringkat Kelompok 5 Daerah Kinta Utara. Rasa teruja teman dengan kreativiti murid-murid kecil dalam pertandingan tersebut. Syabas kepada SKTD kerana dinobatkan sebagai johan peringkat Kelompok 5 Daerah Kinta Utara. Semoga misi warga SKTD ke arah SBT akan tercapai.
Bila mengingatkan semula tentang tokoh bernama Horward Gardner, teringat tentang Kecerdesan Pelbagai. Pertandingan ini dapat menyerlahkan kecerdasan pelbagai anak-anak dari aspek muzikal, spartial, bahasa dan kinestatik di kalangan pelajar. Ini boleh dijadikan wadah untuk para pendidik mengenalpasti, membina dan memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dari aspek berkenaan supaya perkembangan potensi tersebut terarah kepada yang positif dan cemerlang.

The Action Song Competition is held with the following objectives:

  1. To encourage and increase the use of English Language among the younger
    pupils.
  2. To build confidence and sense of ease with English Language among the younger pupils.
  3. To develop skills of integrating scripting of music and movement with language.
  4. To provide a platform for ‘fun and happy learning’.
Baca selanjutnya ...

Rabu, April 28, 2010

Personal Improvement



R E N U N G A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Guru ----guru panatia ----- guru kanan --- penolong kanan --- pengetua --- pengarah...
6) TV 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot)

T E T A P I... KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. ..
bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...
Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu...
malah berlaku di kalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya.......infiniti. ......

Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

' Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.' Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.
Baca selanjutnya ...

Selasa, April 27, 2010

Whey

Whey adalah salah satu jenis bahan asas yang digunakan dalam pembuatan suatu produk. Whey adalah campuran berbagai jenis protein seperti beta-lactoglobulin, alpha-lactalbumin dan serum albumin yang boleh dijumpai dalam susu dan keluaran susu. Whey banyak digunakan dalam produk seperti susu bayi, susu, makanan bayi dan juga pada flavor. Salah satu tujuan Whey digunakan untuk mengurangkan kos pengeluaran. Whey banyak dalam keluaran keju atau mentega. Whey dengan kata lain adalah serum susu terdiri dari komponen utamanya adalah:

  • Laktosa (4-7 %)
  • Protein (0.6 – 1.0 %)
Pengeluaran Whey di seluruh dunia mencapai lebih kurang 118 juta ton/tahun, di mana 66 % di Eropah, 25 % di USA dan selebihnya 9 % dari negara-negara lain.

Ditinjau dari sudut halalnya, Whey dalam pembuatan keju atau mentega adalah dari enzim (renet, pepsin) kemungkinan penggunaan gelatin untuk pengatur tekstur dan kelembutan. Jenis Whey ada beberapa jenis bergantung pada jenis asid atau enzim yang digunakan. Antara whey dan campuran yang digunakan adalah seperti:

  • Whey manis yang menggunakan enzim sebagai metod koagulasinya
  • Whey asam diperoleh dari metod koagulasi yang menggunakan asam dan
  • Whey teknis yang menggunakan asam selain asam laktat seperti HCl dan asam sulfat.

Dengan demikian, bahan tambahan tersebut perlu dicurigai. Apalagi jika bahan tersebut berasal dari Eropah atau Amerika. Penggunaan enzim campuran (rennet dan pepsin, bersumber dari babi) dalam pembuatan keju di Eropah dan Amerika semakin meningkat dari hari ke hari.

Baca selanjutnya ...

Ubat tiruan

Setiap manusia mahukan kesihatan. Memiliki kesihatan yang baik amat berharga berbanding dengan memiliki harta yang banyak. Apa guna harta yang banyak jika badan tidak sihat. Oleh itu salah satu cara mengekalkan kesihatan adalah dengan pengambilan ubatan.

Di dalam mengejar kesihatan fizikal, kadang-kadang kita ditipu oleh peniaga yang tidak berperikemanusian. Mereka hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira penderitaan orang lain. Di antara ubatan moden yang didapati palsu ialah seperti ubat Panadol. Pada 5 April, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran ubat Panadol tiruan setelah merampas 142,102 biji ubat tersebut bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat. Oleh itu, berjaga-jagalah.


Di samping ubatan moden, ubatan tradisional turut juga didapati tiruan berada di dalam pasaran. Sebagai contohnya adalah minyak urut Afiat. Minyak tersebut juga telah diproses secara tidak sah dan dijual di dalam pasaran. Oleh itu, untuk mengelakkan diri dari ditipu, sentiasa berdamping dengan kementerian berkenaan dan Persatuan Pengguna.


Baca selanjutnya ...

Manis Kurang Manis!

Kempen Kurangkan Pengambilan Gula telah dilancarkan pada 27 April 2010 di peringkat IPG. Kempen kesedaran ini dijalankan agar melahirkan rakyat yang sihat dan menyumbang kepada modal insan yang produktif. Gula dikaitkan dengan lebih 146 jenis penyakit seperti :

  • kegemukan
  • Diabetes
  • Kerosakan gigi
  • penyakit jantung
  • kanser payu dara, ovari, kolektoral, limpa
  • Osteoporosis (tulang reput kurang protin zat galian dan kalsium)
  • Imun lemah
  • Sakit sendi
  • peningkatan kolestrol
  • batu karang
  • Gaout
  • jerawat batu
  • bisul

Gula akan menyebabkan diabetes. Kencing manis (diabetes) disebabkan pankreas tidak berfungsi mengeluarkan insulin yang cukup. Ini menyebabkan glukos dalam darah terkumpul dan tidak masuk ke dalam sel badan untuk dijadikan tenaga. Gula menjadikan darah melekit. Meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang memboleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Memakan gula menyebabkan bebanan kerja kepada pankreas. Pankreas mungkin tidak mapu mengeluarkan insulin.


Komplikasi lain Diabetes adalah seperti
  • Gangrin (tisu mati)
  • Kabur penglihatan
  • Buah pinggang rosak
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin ahmar
  • Koma

Tanda-tanda awal adalah:

  • sentiasa merasa dahaga
  • kerap membuang air
  • merasa letih dan lesu
  • susut berat badan
  • Luka dan kudis yang lambat sembuh
  • Gatal dibahagian kemaluan

Oleh itu Kementerian Kesihatan menggalakan aktiviti fizikal seperti 10,000 langkah setiap hari untuk membakar lemak dan mengurangkan glokus dalam badan. Untuk melihat sama ada lelaki atau perempuan ada masalah kesihatan adalah dengan melihat saiz perut (bagi lelaki) dan saiz punggung (perempuan).


Didapati 7.6% rakyat Malaysia menghadapi masalah gemuk. Di didapati 50% rakyat Malaysia menghadapi masalah lebihan berat badan. Negeri Kelantan adalah negeri paling tinggi kadar penyakit diabetes di Malaysia.

Menurut kajian, gemuk disebabkan:

  • Genetik (10%)
  • Tingkahlaku makan (80%)
  • Persekitaran (10%)

Purata rakyat Malaysia mengambil 23 sudu sehari. Kadar ini adalah paling tinggi di kalangan negara ketiga. Pada tahun 2009, 2 juta gigi telah dicabut kerana masalah gigi akibat dari lebihan pengambilan gula. Kajian mendapati, halangan pengurangan penggunaan gula adalah disebabkan:
  • Citarasa suka gula
  • persepsi gula sebagai makanan asas
  • memandang ringan bahaya gula
  • kurang faham kadar gula yang selamat
Nama-nama lain gula adalah:
  • Glokus
  • Fruktos
  • Laktos
  • Maltos
  • Sukros
  • Sirap glukos
  • sirap maple
  • Sorbitol
  • Gula perang
  • Madu
  • Sirap hitam
Ketagihan gula sama seperti juga ketagihan rokok. Bagi penagih gula, kekurangan gula akan menyebabkan kegianan. Oleh itu antara tips untuk kurangkan gula ialah:

  • minum air kosong
  • 1 sudu teh sudah mencukupi
  • elakkan minuman berkarbonat (sebulan sekali)
  • Minum jus asli (100%)
  • Kurang makan kek biskut ais krim
  • makanan jeruk dan di awet
  • makan pemanis alternatif (ganti susu cair)
  • Makan buahan sekurang-kurangnya 3 cawan
  • sikap perlu berubah
  • Nasi satu cawan untuk orang dewasa (tetapi kerap)
  • Senyum 2oo kali untuk mengelakkan kanser mulut.
Jadi jagalah makanan anda, kawal berat badan, bersenam secara berterusan serta buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala.



Baca selanjutnya ...

Ahad, April 25, 2010

Panduan Laman Web MDeC

Multimedia Development Corporation (MDeC) ditubuhkan di bawah akta syarikat yang dipunyai oleh kerajaan. Peranan MDeC adalah memberi khidmat nasihat kepada kerajaan tentang perundangan dan polisi, membangunkan MSC Malaysia menepati standard dan mempromosi MSC dalam dan luar negara. MDeC akan memastikan MSC Malaysia mempunyai persekitaran yang kondusif perkembangan ICT.

Laman web adalah salah satu medium komunikasi masa kini. Penggunaan medium ini amat berkesan dalam penyampaian maklumat segera dan tepat. Namun dalam penyediaan medium berkenaan, garis panduan kualiti sesuatu laman telah disediakan oleh MDeC untuk memastikan standard medium web sebagai medium komunikasi yang berkesan dalam. Kepada web master mungkin kita boleh sama-sama fikir dan menyempurnakan seperti mana yang telah digariskan.

Kriteria Penilaian Laman Web/Portal Agensi Kerajaan oleh MDeC
Citizen Interaction
• Address
• Agency Policy
• Client`s Charter
• Comments/Forum
• Email
• Email Updates/Broadcast
• Fax Number
• Multi Language
• Phone Contact
• Publications/Databases

Search within portal/website
• Video/Audio Clips
• W3C Disability Accessibility

Citizen Insight Generation
• `Remember Me` Feature
• Disclose Disclaimer
• FAQ
• Feedback Form/Inquiry Form
• Feedback Response
• No Use Cookies
• Notice Of Copyright
• Privacy Policy
• Website Personalization

Citizen Services
• `About Us` Section
• Auto Notification
• Feature Additional Technology/Web 2.0
• Link to MSC Malaysia
• Link to myGov
• Link to Other Sites
• No Advertisement
• No Broken Link
• Number of Online Services
• RSS Feed
• Security Policy
• Mobile Web/SMS

Citizen Support
• Browser Support
• Navigation Support
• Statement of `Best Viewed`
• Support Link
• Loading Time

Content Management
• "Laman Web Rasmi" Phrase
• Display of Malaysia Crest/Agency Crest/Logo
• Display of MSC Malaysia Logo
• Updated Event/Information Notification
• Website Counter

Laman Utama MDeC

Ralat pada Database Web

Tapi cuba hangpa tengok depa punya laman web yang teman copy pada 25 April 2010. Berapa bintang kome nak bagi jika berasaskan pada kriteria di atas. Lepas tu cuba tengok kat anak panah yang teman buat tu, ada error pada web depa.

Baca selanjutnya ...

Sabtu, April 24, 2010

Inovasi

Baru-baru ini teman dilantik untuk menjadi panel penilai anugerah inovasi di sebuah IPG. Aktiviti ini amat baik bagi membina dan menjana budaya kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan awam dalam meningkatkan nilai tambah organisasi masing-masing. Inovasi dalam Perkhidmatan Awam adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.

Untuk membuat penilai beberapa kriteria diberi tumpuan dan diambil kira.

Tumpuan Penilaian Pertama : Idea
Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.
(i) Keaslian Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.
(ii) Adaptasi Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada.

Tumpuan Penilaian Kedua : Hasil inovasi (Output)
Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sesuatu inovasi itu.

Kriteria Tahap Pelaksanaan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti; (i) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau (ii) Secara percubaan (di peringkat prototaip).

Kriteria Replicability ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti (i) Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan (ii) Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)
Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

Kriteria Efisien ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada :
(i) Penjimatan masa
(ii) Penjimatan kos
(iii) Peningkatan Produktiviti
(iv) Mudah digunakan (user-friendly).

Kriteria Signifikan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam :
(i) Perkhidmatan Awam (ii) organisasi (iii) bahagian/seksyen/unit.

Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan
Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen pihak pengurusan atasan. Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan atasan dalam memberi sokongan dari segi (i) Kewangan (ii) Pengurusan Sumber Manusia (iii).Insentif (iv) Penghargaan (v) Peralatan.

Pada pendapat teman semua peserta yang menyertai pertandingan telah menang dan kreatif serta inovatif. Cuma yang menepati ciri tumpuan yang dinyatakan di atas adalah terbaik di kalangan peserta yang cemerlang.
Baca selanjutnya ...

Khamis, April 15, 2010

Menangis

Wanita sangat mudah menitikkan air mata. Mengapa demikian? Kaum lelaki umumnya mengatakan bahawa wanita kerap menangis tanpa sebab yang jelas. Olet itu, wanita dianggap lemah. Namun anehnya, ramai lelaki tidak tahan dengan air mata wanita. Mereka jatuh kasihan, dan inilah dikatakan air mata senjata ampuh wanita.

William H. Frey II, melakukan penelitian kandungan air mata yang disebabkan dua keadaan. Pertama air mata emosi dan kedua mata tercemar. Kelompok pertama diminta menyaksikan film mengharukan untuk menghasilkan air mata akibat emosi, dan yang kedua dipapar wap bawang merah untuk air mata rangsang tercemar. Setelah diteliti, air mata dari dua keadaan itu sama-sama mengandung tiga campuran kimia yang dihasilkan tubuh selama perasaan tertekan. Protein tersebut adalah leusinenkefalin yang berfungsi mengatasi rasa sakit; adrenokortikotropik, yaitu hormon penanda perasaan tertekan dan penghilang rasa sakit; serta prolaktin, hormon peningkat produksi air mata dan pengatur produksi air susu.


Dari penelitian tersebut Frey air mata emosional mengeluarkan protein 24% lebih banyak daripada air mata rangsang tercemar. Kadar prolaktin dalam serum darah wanita dewasa hampir 60% lebih tinggi daripada pria. Ini bisa menjelaskan mengapa wanita menangis empat kali lebih sering daripada pria, dan wanita menopause yang kadar prolaktinnya berkurang, lebih jarang menangis. Dari 85% sukarelawan wanita dan 73% pria mengaku lebih lega setelah menangis. Frey meramal, air mata membuang zat beracun yang terkumpul di dalam tubuh akibat rasa tertekan. Dapat disimpulkan bahwa secara fisik dan psikis, menahan tangis tak baik karena mengurangi kemampuan seseorang menenggang rasa tertekan (yang merangsang pembentukan zat beracun dalam tubuh).

Tinjauan AgamaDalam Islam, menangis merupakan salah satu bentuk pengakuan terhadap kebenaran. Dalam Al Quran dikatakan bahwa “Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam). (QS. Al-Maidah ayat 83). Rasulullah saw dan para sahabat benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Kelembutan hati mengantarkan mereka kepada derajat tertinggi sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala. Suatu ketika Abdullah bin Umar berjalan di hadapan sebuah rumah yang penghuninya sedang membaca Al Quran. Ketika sampai pada ayat Al Quran yang tafsirnya,” …(yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?” (Al-Muthaffifiin ayat 6), pada masa itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhannya. Kemudian beliau menangis. Abu Bakar digelari oleh putrinya Ummul Mukminin Aisyah RA sebagai Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis). Beliau sangat sering menangis, dadanya bergolak ketika shalat bersama rasulullah karena mendengar ayat-ayat Al Quran. Begitulah para sahabat dan pengikut Nabi banyak mencucurkan air mata karena meyakini kebenaran yang dibawa Rasulullah saw.

Menangis akan sukar jika hati dalam keadaan tidak peka. Tak mudah menemukan air mata, ketika berdoa sendirian bila hati tidak lembut. Pada masa ketika kehidupan diliputi gemerlap dunia, seorang mukmin harus senantiaa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Menangis merupakan hal positif jika merupakan refleksi dari kesadaran. Sadar akan kelemahan-kelemahan dirinya ketika tiada lagi yang sanggup menolongnya melainkan hanya Allah. Sadar bahwa hanya Allahlah tempat bergantung. Kesadaran yang menimbulkan kerendahan hati dan membawa manfaat dunia dan akhirat. Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabb-nya dalam kesendirian kemudian dia meneteskan air mata. Air mata juga bisa menjadi penawar duka, ketika rasa sedih menyempitkan perasaan dan menyesakkan dada. Namun, setetes air mata kerana takut pada Allah akan jauh memiliki keindahan. Penghuni surga ialah mereka yang sering menangis di dunia karena Allah. Manusia senantiasa berada dalam dua tangisan yaitu tangisan karena Allah dan tangisan bukan karena Allah.
Wahai isteriku, wahai sahabat, wahai insan, menangislah...... jika ianya membahagiakan, dan bersederhanalah.
Baca selanjutnya ...

Rabu, April 14, 2010

Ayo o Ayo

Setiap hari kita disarankan mengambil antara lapan hingga 10 gelas air. Jumlah ini amat penting memandangkan 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia terdiri daripada air. Air secukupnya diperlukan bagi menyahtoksik dalam badan, melincirkan sendi dalam sistem kerangka, menyokong sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan.

Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut? Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar. Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit. Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah.

Gambar yang diambil di atas adalah hasil tapisan air dari rumah teman selama 3 minggu yang disalur ke rumah teman. Jika teman tak tapis, lihat betapa hitamnya kesan karat yang masuk ke perut teman yang boleh membiakkan berbagai penyakit dalaman. Jadi apa perlu kita lakukan... Ayo ooo ayo...
Baca selanjutnya ...

Khamis, April 08, 2010

Antara Dhuha dan Tai Chi

Tai Chi Chuan merupakan seni melatih tubuh, energi, dan pikiran dengan hasil berupa kesehatan, panjang umur, pertahanan diri, kesegaran mental dan perkembangan spiritual. Tujuan Tai Chi Chuan adalah untuk peningkatan fisik, keseimbangan emosional, perkembangan tenaga internal atau mengatur aliran energi tubuh. Pengolahan spiritual juga didapatkan dari berlatih Tai Chi Chuan, sehingga mendapatkan kesehatan yang memancar, kegesitan yang anggun, serta kejernihan mental.

Tai Chi Chuan merupakan seni berperang, menggunakan kekuatan lawan untuk memukul diri mereka sendiri, “yang lunak mengatasi yang keras”, serta tetap tidak terluka meskipun kalah dalam pertarungan, “bergerak bersama momentum lawan”.Tai Chi Chuan merupakan seni beladiri yang efektif untuk berperang, untuk mempertahankan diri dari segala bentuk agresi fisik. Tai Chi Chuan merupakan system bertarung yang komprehensif sekaligus ringkas, yang terdiri atas :· Memukul· Menendang· Melempar· Mencengkram
Oleh kerana tarikan sedemikian, pementing kesihatan fizikal telah mula beralih kepada senaman yang ringan seperti ini di waktu dhuha.
Tuan-tuan, sebenarnya solat dhuha lengkap dengan pergerakan fizikal dan spritual jika dilakukan dengan khusuk dan sempurna. Setiap gerakan solat yang dicontohkan Rasulullah SAW sarat akan hikmah dan manfaat. Syaratnya, semua gerak tersebut dilakukan dengan benar, tumaninah, serta dilakukan secara istikamah. Suatu ketika Rasulullah SAW berada di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Selepas menunaikan solat, beliau menghadap para sahabat untuk bersilaturahim dan memberikan tausiyah. Tiba-tiba, masuklah seorang lelaki ke dalam masjid, lalu melaksanakan solat dengan cepat. Setelah selesai, ia segera menghadap Rasulullah SAW dan mengucapkan salam. Rasul berkata pada lelaki itu, "Sahabatku, engkau tadi belum solat!"

Betapa kagetnya orang itu mendengar perkataan Rasulullah SAW. Ia pun kembali ke tempat solat dan mengulangi solatnya. Seperti sebelumnya ia melaksanakan solat dengan sangat cepat. Rasulullah SAW tersenyum melihat "gaya" solat seperti itu. Setelah melaksanakan solat untuk kedua kalinya, ia kembali mendatangi Rasulullah SAW. Begitu dekat, beliau berkata pada lelaki itu, "Sahabatku, tolong ulangi lagi solatmu! Engkau tadi belum solat."Lagi-lagi orang itu merasa kaget. Ia merasa telah melaksanakan solat sesuai aturan. Meski demikian, dengan senang hati ia menuruti perintah Rasulullah SAW. Tentunya dengan gaya solat yang sama. Namun seperti "biasanya", Rasulullah SAW menyuruh orang itu mengulangi solatnya kembali. kerana bingung, ia pun berkata, "Wahai Rasulullah, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak bisa melaksanakan solat dengan lebih baik lagi. kerana itu, ajarilah aku!"

"Sahabatku," kata Rasulullah SAW dengan tersenyum, "Jika engkau berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah, kemudian bacalah Al-Fatihah dan surat dalam Alquran yang engkau pandang paling mudah. Lalu, rukuklah dengan tenang (thuma'ninah), lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah dengan tenang, kemudian bangunlah hingga engkau duduk dengan tenang. Lakukanlah seperti itu pada setiap solatmu. "

Kisah dari Mahmud bin Rabi' Al Anshari dan diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahih-nya ini memberikan gambaran bahwa solat tidak cukup sekadar "benar" gerakannya saja, tapi juga harus dilakukan dengan tumaninah, tenang, dan khusyuk. Kekhusukan ruhani akan sulit tercapai, bila fisiknya tidak khusyuk. Dalam arti dilakukan dengan cepat dan terburu-buru. Sebab, dengan terlalu cepat, seseorang akan sulit menghayati setiap bacaan, tata gerak tubuh menjadi tidak sempurna, dan jalinan komunikasi dengan Allah menjadi kurang optimal. Bila hal ini dilakukan terus menerus, maka fungsi solat sebagai pencegah perbuatan keji dan munkar akan kehilangan makna. kerana itu, sangat beralasan bila Rasulullah SAW mengganggap "tidak solat" orang yang melakukan solat dengan cepat (tidak tumaninah).

Hikmah gerakan solat

Sebelum menyentuh makna bacaan solat yang luar biasa, termasuk juga aspek "olah rohani" yang dapat melahirkan ketenangan jiwa, atau "jalinan komunikasi" antara hamba dengan Tuhannya, secara fisik solat pun mengandung banyak keajaiban. Setiap gerakan solat yang dicontohkan Rasulullah SAW sarat akan hikmah dan bermanfaat bagi kesihatan. Syaratnya, semua gerak tersebut dilakukan dengan benar, tumaninah serta istiqamah (konsisten dilakukan). Dalam buku Mukjizat Gerakan solat, Madyo Wratsongko MBA. mengungkapkan bahwa gerakan solat dapat melenturkan urat saraf dan mengaktifkan sistem keringat dan sistem pemanas tubuh. Selain itu juga membuka pintu oksigen ke otak, mengeluarkan muatan listrik negatif dari tubuh, membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi, serta membuka pembuluh darah di bagian dalam tubuh (arteri jantung).

Kita dapat menganalisis kebenaran sabda Rasulullah SAW dalam kisah di awal. "Jika engkau berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah. "Saat takbir Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya ke atas hingga sejajar dengan bahu-bahunya (HR Bukhari dari Abdullah bin Umar). Takbir ini dilakukan ketika hendak rukuk, dan ketika bangkit dari rukuk.Beliau pun mengangkat kedua tangannya ketika sujud. Apa maknanya? Pada saat kita mengangkat tangan sejajar bahu, maka automatis kita membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh balik yang terdapat di lengan untuk dialirkan ke bagian otak pengatur keseimbangan tubuh, membuka mata dan telinga kita, sehingga keseimbangan tubuh terjaga."Rukuklah dengan tenang (tumaninah)." Ketika rukuk, Rasulullah SAW meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut (HR Bukhari dari Sa'ad bin Abi Waqqash). Apa maknanya? Rukuk yang dilakukan dengan tenang dan maksimal, dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang (sebagai saraf sentral manusia) beserta aliran darahnya. Rukuk pun dapat memelihara kelenturan tuas sistem keringat yang terdapat di pungggung, pinggang, paha dan betis belakang. Demikian pula tulang leher, tengkuk dan saluran saraf memori dapat terjaga kelenturannya dengan rukuk. Kelenturan saraf memori dapat dijaga dengan mengangkat kepala secara maksimal dengan mata mengharap ke tempat sujud."Lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegak." Apa maknanya? Saat berdiri dari dengan mengangkat tangan, darah dari kepala akan turun ke bawah, sehingga bagian pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang tekanan darahnya. Hal ini dapat menjaga saraf keseimbangan tubuh dan berguna mencegah pingsan secara tiba-tiba."Selepas itu, sujudlah dengan tenang." Apa maknanya? Bila dilakukan dengan benar dan lama, sujud dapat memaksimalkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala, termasuk pula ke mata, telinga, leher, dan pundak, serta hati. Cara seperti ini efektif untuk membongkar sumbatan pembuluh darah di jantung, sehingga resiko terkena jantung koroner dapat diminimalisasi."Kemudian bangunlah hingga engkau duduk dengan tenang." Apa maknanya? Cara duduk di antara dua sujud dapat menyeimbangkan sistem elektrik serta saraf keseimbangan tubuh kita. Selain dapat menjaga kelenturan saraf di bagian paha dalam, cekungan lutut, cekungan betis, sampai jari-jari kaki. Subhanallah! Masih ada gerakan-gerakan solat lainnya yang pasti memiliki segudang keutamaan, termasuk keutamaan wudhu. Semua ini memperlihatkan bahwa solat adalah anugerah terindah dari Allah bagi hamba beriman. Pilihlah.. tai chi chuan atau solat dhuha .. Wallaahu a'lam.
Baca selanjutnya ...

Ahad, April 04, 2010

Awas Pintu

Bahan pembentuk dari kuku manusia adalah keratin protein yang banyak mengandung sulfur. Kuku juga merupakan bahagian terkeras dari tubuh kerana kandungan airnya yang sangat sedikit. Fungsi utama kuku adalah untuk melindungi hujung jari yang lembut di mana hujung saraf-saraf berada. Sedangkan kulit ari pada pangkal kuku berfungsi untuk melindung dari kotoran. Jika kuku Anda bewarna kemerah-merahan, ini disebabkan kerana bahagian kulit di ba wah kuku terdapat banyak pembuluh kapiler yang kaya akan suplai darah. Namun berbagai keadaan bisa menyebabkan perubahan warna dan tekstur kuku, diantaranya cedera kerana kejatuhan benda keras yang mengenai kuku jari. Hal ini menyebabkan darah bergumpal di bawah kuku sehingga kuku tampak bewarna kehitaman.
Pada awal tahun lepas teman tersepit jari di pintu kereta. Kesakitannya amat perit. Keperitan tersepit telah menyebabkan kuku teman telah tercabut. Namun, alhamdulillah dapat kuku baru.


Selepas tersepit

Kuku hitam bergerak ke atas

Kuku Hitam kerana pendarahan dibawah kuku mula tercabut

Kuku tercabut dan penggantian kuku baru
Peringatan: Lain kali kalau nak tunjuk sesuatu jangan guna jari telunjuk. Gunakan ibu jari supaya lebih nampak manis dan sopan.
Baca selanjutnya ...

Jumaat, April 02, 2010

Al Fatihah Mior Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.Teman mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, teman sentiasa menunggu program "drama sebabak dengan din beramboi" antara pukul 7 hingga 7.30 pagi. Kekadang kalau orang tengok teman dalam kereta ketawa sorang-sorang, tentu dema kata teman orang gila. Tetapi begitu la hakikatnya, kerana lawak kelakar Din membuatkan teman rasa ceria di pagi hari untuk memulakan kerja. Namun, kini Din telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Orang tua-tua kata patah tumbuh hilang berganti. Bagi teman, Din tidak ada pengganti. Din adalah Din. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Baca selanjutnya ...