Dalam kehangatan filem penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, teman terfikir bahawa perlunya para da'ei (pendakwah) turut terjun ke bidang pembikinan filem secara serius. Filem bukan sahaja dilihat hanya sebagai hiburan tetapi ia perlu dilihat sebagai medium dakwah yang paling berpengaruh.
Ciri filem Islam boleh terbahagi kepada dua iaitu filem berunsur Islam dan filem Islam. Filem berunsur Islam adalah filem yang ada sebahagian dalam filem berkenaan yang bercirikan Islam dalam beberapa aspek seperti skrip, pelakon, dan pakaian. Pelakonnya ketika berlakon memakai tudung tetapi di luar lakonan tidak bertudung. Jurukamera berseluar pendek, masa shooting tidak mengira waktu sehingga masuk waktu solat tidak diendah dan diabaikan.
Namun filem Islam pula adalah secara keseluruhannya adalah bertunjangkan Islam. Dari idea asal, penulis skrip, pengarahan, proses pembikinan yang menjaga batas syariat, waktu solat diutamakan, sehingga setiap sudut dijaga aspek keislamannya.
Untuk menyampaikan dakwah, prinsip matlamat menghalalkan cara tidak boleh dipakai. Oleh itu para pemain utama dalam industri perfileman, para ustaz, komuniti pasentren, harus turut bergembleng tenaga dalam penghasilan filem Islam yang bermutu bukan sahaja dari segi produk dan proses pembikinan malah dari segi roh Islam dapat digarap di dalam filem.
Dengan penggunaan medium baru internet melalui Facebook, Twitter, Youtube, Google+ dan berbagai rangkaian media sosial, audien (mad'u) dakwah boleh bertambah luas berbanding media ceramah yang hanya akan diikuti oleh masyarakat setempat pada masa berkenaan sahaja. Namun dengan medium baru, mad'u akan lebih luas melangkaui batas geografi dan batas masa. Lihat sahaja Ust. Azhar Idrus sebagai contoh, klip video pendeknya telah menjadi fenomena dalam Youtube dan dijadikan rujukan oleh warga internet.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih