Sesungguhnya kesabaran umat Islam ada had dan batasnya. Mempertahankan Rasulullah SAW lebih utama dan sewajibnya melebihi ibu bapa hatta diri sendiri. Inilah yang sentiasa diimani dan diyakini seperti yang diajarkan oleh para sahabat, tabiin dan salaf al-soleh. Memperlekeh terhadap perjuangan membela RasululLah, akidah Islam, syariat Islam, undang-undang Islam, dan sebagainya adalah seperti menjemput umat Islam untuk berperang.
Baik dari pemimpin DAP, MCA, PPP, MIC, UMNO, PAS, PKR, NGO dan sebagainya hati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh membinasa diri.
Contoh kenyataan DAP:
“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan 'tweet' saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya. Koo Ham menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this(Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini). Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam. WARTAWAN SINAR HARIAN 20 September 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih