Sempena peperiksaan UPSR yang menjelang sebuah sekolah telah mengadakan Program Restu Waris. Program berkenaan bertujuan untuk memberi tips dan motivasi kepada pelajar dan ibubapa di saat akhir menjelang musim peperiksaan UPSR, memberi peluang kepada pelajar bermaafan serta memohon restu dan doa dari guru dan ibubapa sebelum menduduki peperiksaan tersebut.
UPSR adalah peperiksaan besar pertama dalam kehidupan seseorang anak kecil. Bantuan, sokongan dan motivasi dari orang yang dikasihi seperti ibubapa sangat mereka perlukan. Usaha murni sekolah dalam membantu anak-anak menempuh alam peperiksaan tersebut amat baik dan dipuji.
Namun yang menjadi persoalan teman adalah kehadiran ibubapa dalam majlis tersebut. Jika calon yang bakal menduduki peperiksaan adalah hampir 100 orang tetapi kenapa ibubapa yang hadir hanya 40 orang ibubapa sahaja? Sedangkan yang bakal menduduki peperiksaan adalah anak-anak kesayangan mereka? Ke mana lagi seramai 60 orang ibubapa pelajar ini pergi? Adakah mereka sibuk dengan pekerjaan berbanding masa depan anak-anak? Adakah mereka menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada sekolah? Adakah mereka telah yakin anak mereka telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan? Adakah mereka berserah dan telah berputus asa terhadap kejayaan anak-anak mereka?
Fenomena ketidakhadiran ibubapa ini terjadi di mana-mana sekolah dalam bukan sahaja program seperti ini malah lain-lain program anjuran sekolah seperti program mensyuarat PIBG, motivasi keibubapaan, solat hajat, bacaan Yassin dan sebagainya.
Dalam pemerhatian teman, ibubapa yang hadir adalah dalam kalangan ibu bapa yang prihatin kepada anak-anak atau ibubapa yang mempunyai anak-anak yang tergolong dalam kumpulan bakal memperoleh keputusan yang cemerlang. Kenapa ibubapa bersikap demikian? Salah satu sebab adalah ibubapa merasa malu untuk hadir kerana mereka merasakan anak mereka tidak ‘intelegen’, anak mereka adalah dalam kalangan sederhana, anak mereka dalam kumpulan lemah dan sebagainya. Sikap ‘impriority complex’ ini berlaku disebabkan kesilapan persepsi ibubapa terhadap makna ‘intelegen’ dalam diri anak-anak mereka dan persekitaran akademik sekolah yang mementing keputusan 5A menggambarkan cerdik atau tidak anak-anak.
Bagi teman ibubapa harus datang meraikan dan memberi sokongan kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan. Mereka memerlukan kasih sayang dan sokongan kita. Teman dapat bayangkan betapa kecewanya anak-anak ketika orang lain bersama-sama ibubapa berdakapan bermaafan sedangkan mereka tiada ibubapa yang dikasihi untuk mereka dakapi. Walaupun mereka tidak cemerlang dari aspek pencapaian keputusan peperiksaan namun mereka sebenarnya ada inteligen lain yang belum dicungkil.
Mengenalpasti intelegen anak-anak adalah satu proses yang kadang kala mengambil masa. Menurut Howard Gardner dalam teori pelbagai kecerdasan, menyatakan bahawa anak-anak kita ada 8 aspek kecerdasan. Peranan ibubapada dan guru mengenalpasti kecerdasan mereka. Oleh itu, program seperti ini perlu disokong. Jika dari awal ibubapa tidak menyokong program untuk mencungkil potensi anak-anak dengan tidak menghadirkan diri majlis seperti ini, persepsi anak-anak terhadap diri mereka dan ibubapa mereka menjadi negatif. Ada dalam kalangan anak telah membuat persepsi terhadap diri mereka sebagai ‘pelajar tiada harapan dalam pelajaran’. Sedangkan peperiksaan dalam pelajaran seperti UPSR hanya menguji tahap kognitif. Sedangkan kognitif hanya satu bahagian dalam diri. Di dalam dunia sebenar, aspek kognitif perlu di gembeling bersama-sama penguasaan kemahiran dan pengalaman untuk menjadi insan yang cemerlang.

Oleh itu, peranan ibu bapa, guru dan masyarakat perlu digembeling bersama untuk kecemerlangan anak-anak. Kelemahan anak-anak memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR, PMR atau SPM bukan bermakna mereka tidak cemerlang, tetapi aspek intelegen lain belum dikembang. Kenalilah siapa Zulkifli Haron yang terkenal sampai peringkat dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih