Jumaat, September 14, 2012

SPM Percubaan 2012 Bocor

Kenapa soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September di didakwa bocor dan sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook?

Jawapanya: 
  • Bagi pihak penyedia bahan bocor berbuat demikian kerana memburu hit (tujuan RM) atau populariti.
  • Bagi pihak yang menghadapi peperiksaan SPM, kebocoran ini dialu-alukan kerana hambatan kepada keputusan yang cemerlang.
Menurut sumber tertentu, soalan-soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek. Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah tiada pada jam 3 petang tadi.  Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut.

Fenomena memburu keuntungan dunia adalah disebabkan himpitan, keperluan hidup dan cara mudah mendapatkan habuan dalam bentuk ringgit. Masalah pelajar yang memburu kecemerlangan keputusan peperiksaan telah mereka eksploitasi. Masalah pelajar adalah peluang bagi mereka yang boleh menjana pendapatan. 

Bagi pelajar, tuntutan semasa dari berbagai aspek seperti ibubapa, persekitaran, dan sistem pendidikan negara, memerlukan mereka cemerlang dalam peperiksaan. Penekanan aspek pencapaian akademik (IQ) telah menyebabkan mereka telah mengabai dan melupakan intelek dari segi emosi (EQ) dan spiritual (SQ). Mereka akan cuba sedaya upaya dengan berbagai cara agar matlamat akan tercapai.

Persoalannya, adakah pembocor adalah seperti  Robin Hood yang tinggal di hutan Sheerwood untuk menentang terhadap pemerintah Nottingham?  Robin Hood sering melakukan aksi negatif seperti merompak terhadap para orang kaya dan kemudian membagikan hasil tersebut kepada rakyat miskin. Menurut penguasa pembelajaran pembocor adalah penjahat, sedangkan menurut pelajar ia adalah seorang pahlawan.

Bagaimana pengukuran dan persepsi pelajar ini perlu diperbetulkan? Sistem penilaian peperiksaan perlu diubah dan sistem nilai dalam diri pelajar perlu diperkukuhan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih