Isnin, September 07, 2009

Al Fatihah Abang Lan

Pada malam Ahad lepas berita mengejutkan diterima, kematian abang Lan dalam usia 51 tahun di Pulau Pinang. Pada ketika panggilan diterima, teman sedang mengimamkan solat terawih bersama ibu bapa mertua serta isteri di kampung. Abang Lan dalam gaya hidup abang yang sentiasa ceria, rupa-rupanya menyimpan penyakit jantung. Kematian tiba-tiba selepas berbuka puasa cukup memeranjatkan teman. Tetapi semua itu adalah ketentuan Tuhan, ajal maut semua dalam urusanNya.
Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang mendapat rahmat dan keredhaanNya.
Menurut isteri abang Lan, seminggu sebelum meninggal abang Lan ada bermimpi bahawa ayahnya (Allahyarham Long Rahman) ada menjemput beliau ke satu tempat, tetapi abang Lan kata dia akan ikut setelah cucunya Aisyah yang baru pandai bertatih bersekolah menengah. Hmm mungkin itu alamat yang arwah dapat sebelum pemergian beliau buat selama-lamanya..
AlFatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih