Isnin, Februari 27, 2012

Latihan Fasilitator IPGKPI

27 Feb 2012 lepas, teman telah diberi kepercayaan untuk mengadakan latihan kepada para pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam dalam ilmu pengurusan. Lebih khusus, mereka telah didedahkan penggunaan tools Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam amalan seharian. Keseriusan dan kejelekitan para peserta telah memberi keyakinan kepada teman bahawa mereka bakal menjadi pensyarah yang kreatif dan inovatif dengan penggunaan kaedah yang sistematik. Dari semua aktiviti yang telah dirancang telah dilakukan dengan jaya. Ini memberi petunjuk bahawa mereka bakal menjadi pekerja yang mampu membawa agenda transformasi negara.

Malangnya, kenapa di tempat latihan tersebut kurang ada liputan telefon selular? Negeri tersebut adalah negeri yang diwakili PM kita. Pm tengok-tengok la pekan Temerloh ini. Jangan tengok Pekan je.


Ucapan Penutup oleh Tn Hj. Anwar (Tim Pengarah IPGKPI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih