Khamis, Mac 01, 2012

Tracer Study Bersama Think Tank IPGM

Pada 1Mac 2012, teman berpeluang bersama-sama pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam merangka perancangan pelan-pelan  strategi Kementerian Pelajaran. Berbual, berkolaborasi dengan orang-orang yang berpemikiran strategis amat menguntungkan. Selain dapat belajar dari pengalaman mereka, dalam masa yang sama dapat melatih kita supaya berfikir secara analitik dan kritis serta meramal masa depan. Pendedahan teman terhadap mesyuarat-mesyuarat seumpama ini, dapat menambah pengalaman serta pengetahuan dalam membuat dasar dan polisi kerajaan. Salah satu agenda dalam mesyuarat adalah pelaksanaan tracer study terhadap graduan-graduan. Dapatan yang paling mengejutkan adalah, kenapa ada dalam kalangan bekas pelajar mahu berhenti menjadi guru?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih