Ahad, Oktober 14, 2012

Inovasi Kerajaan Tempatan Negeri Perak 2012

Setelah hampir selesai tugas teman menjadi panel inovasi dengan melawat hampir seluruh kerajaan tempatan bagi Pertandingan Inovasi Kerajaan Tempatan 2012 Peringkat Negeri Perak banyak pengalaman dapat teman timba. Boleh dikatakan seluruh majlis perbandaran  dan daerah telah  dilawati bagi melihat dan menilai hasil-hasil inovasi mereka. Dapatlah disimpulkan bahawa banyak kekuatan dan kelemahan hasil-hasil inovasi yang telah mereka hasilkan.

Kekuatan yang ditunjukkan sepanjang teman mengaudit hasil-hasil inovasi adalah:

  1. Idea: Kebanyakan pereka inovasi mempunyai idea yang telah ditambahbaik dengan menyesuaikan dengan penyelesaian masalah setempat. Kebanyakan mereka tidak mengadaptasi secara langsung, tetapi bijak mengubahsuai idea supaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
  2. Tahap Perlaksanaan: Kebanyakan majlis daerah telah melaksanakan projek dengan jaya di tempat masing-masing. Hanya beberapa majlis kerajaan tempatan yang hanya melaksanakan projek pada peringkat prototaip atau cuba-cuba.
  3. Replicability: Oleh kerana kerajaan tempatan mempunyai prosedur kerja dan SOP yang sama, kebanyakan hasil inovasi boleh digunapakai oleh majlis daerah yang lain.
  4. Impak kepada Pelanggan dan Stakeholder: Secara langsung dan tidak langsung hasil-hasil inovasi memang mempunyai impak besar kepada pelanggan dan stakeholder dalam bentuk peningkatan kepuasan pelanggan, penurunan aduan, peningkatan kepada kepercayaan organisasi, mengurangkan karenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi.
  5. Outcomes: Dengan penghasilan produk inovasi, majlis telah dapat menunjukkan penjimatan kos, penjimatan masa, pengurangan tenaga kerja serta SOP baru yang lebih mudah.
  6. Kebanyakan majlis kerajaan tempatan telah disokong oleh pengurusan atasan dalam membudayakan inovasi dalam tempat kerja. Malah ada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan turut memberikan komitmen dan sokongan.
Namun, kekurangan yang ketara yang telah dikenal pasti adalah:
  1. Kekurangan aspek dokumen dan data sokongan dalam menyokong setiap hujah yang dikemukakan. Setiap proses dari penjanaan idea sehingga la kepada peringkat penyeragaman tindakan serta penyebaran luas tiada rekod yang boleh dirujuk.
  2. Kebanyakan hasil inovasi hanya digunakan pada peringkat majlis kerajaan tempatan masing-masing sahaja. Sebaiknya hasil tersebut perlu dikongsi dan diguna sama dengan kerajaan tempatan yang lain. Namun kebanyakan mereka menunggu sehingga selepas pertandingan. Perluasan penggunaan hasil inovasi kepada pihak lain akan membuktikan hasil kerja dan inovasi telah terbukti berjaya dan berkesan.
  3. Impak kepada pelanggan kebanyakan tidak dibuktikan secara baik dan teliti. Jika ada pun persembahan data tidak tepat dan tidak menerangkan kepuasan sebenar. Soal selidik yang dibina tidak diteliti dari segi kesahan dan kebolehcayaan.
  4. Hasil inovasi tidak disertakan dengan panduan pengguna/ manual. Ini menjadi penghalang kepada proses penyeragaman dan penyebaran kepada agensi lain.
  5. Tiada pengesahan oleh pakar atau badan luar dari segi teknikal terhadap ciptaan inovasi dan penjimatan kewangan yang berlaku.
Ini adalah di antara kekuatan dan kekurangan yang teman sempat catatkan sepanjang pemerhatian teman. Namun bagi kumpulan inovasi yang mempunyai pengalaman dalam bidang KIK, mereka memperoleh kelebihan kerana proses penghasilan yang lebih sistematik dan penggunaan tool kualiti dalam setiap langkah sehingga akhir yang berasaskan PDCA.

Panel Hakim Inovasi di Dewan Bandaraya Ipoh

Panel Hakim Inovasi di Dewan Bandaraya Ipoh

Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Kerian

Kitar semula Banner

Hantu Burung penghalau gagak

Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Manjung

Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Manjung

Signbord pelbagai guna

Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Batu Gajah

Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Batu Gajah

Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Kampar

Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Lenggong

Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Penyembur anti karat
Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Perak Tengah
Troli sampah
Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Tapah
Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Tanjung Malim
Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Tanjung Malim
Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Taiping 
Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Taiping
Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Teluk Intan

iTangguk penangkap anjing 
Panel Hakim Inovasi di Majlis Daerah Selama
Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Panel Hakim Inovasi di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Panel Hakim dan Urusetia Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Perak
Mesyuarat Panel di SUK Perak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih