Rabu, Jun 05, 2013

Dr. Rosli Sahat, Pemergian Mu Sukar Diganti

Dunia pendidikan amnya, IPG khasnya telah kehilangan seorang tokoh pendidik yang berkaliber. Allahuyarham Dr. Rosli bin Sahat, 55 telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.45 petang 4 Jun 2013 setelah menghidapi serangan stroke. Jenazah selamat dikebumi kira-kira 9 malam. 

Allahyarham Dr. Rosli Sahat mendapat latihan perguruan di maktab perguruan sebelum menyambung pengajian ijazah asas di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Setelah beberapa tahun bertugas di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Allahyarham dianugerahkan biasiswa program sarjana Institut Aminuddin Baki-Houston University, USA. Ketika di IPG, Allahyarham sekali lagi dianugerahkan biasiswa pengajian doktor falsafah (Ph.D) dari sebuah universiti terkenal di United Kingdom. Beliau telah lulus dengan cemerlang dalam pengajian kedoktoran di bidang sosiologi pada tahun 2002.

Sepanjang berkhidmat dengan beliau, rakan-rakan sejawat amat menyenangi kerana tidak lokek dengan senyuman dan ilmu. Kadang-kala dalam keseriusan kerja, sempat bergurau senda yang menjadi pengubat stress semasa melaksanakan tugas. Sifat yang sentiasa berkongsi pengalaman dan kepakaran menyebabkan beliau disayangi rakan sejawat. 

Antara lagu yang menjadi trade mark beliau bagi menghilang stress adalah lagu orang parit :

video
Lagu ini teman rakam ketika Kumpulan Auditor ISO IPG Ipoh (yang disertai oleh arwah) 
mengaudit IPG Teknik KL.  Lagu tersebut cuba dinyanyi oleh Dr. Shaharuddin tetapi
disanggah oleh arwah kerana salah.

Semoga roh Allahyarham Dr. Rosli bin Sahat ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang soleh dan diredhai-Nya. Amin.

Di bawah adalah gambar kenangan Allahuyarham dalam koleksi teman tahun 2009-2012 sepanjang bersama-sama teman dalam melaksanakan tugas di dalam dan luar IPG.

Perbincangan Plan Strategi IPG Ipoh 2012

Bersama-sama menjaga Booth IPG Sempena Perayaan Hari Guru  Kebangsaan 2012 

Menerima Surat Anugerah Pensyarah Cemerlang DG52 2011

Menjadi AJK Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2009


Melawat IPGM Enstek Dis 2012

Bergambar di IPGM Enstek Dis 2012

Pembentangan Hala Tuju IPG Ipoh 2013 di Concorde Hotel Sepang

Ucapan selamat tinggal kepada persaraan pengarah IPG Ipoh  Dis 2012

Majlis Pelancaran Jurnal Pendidikan IPG Ipoh 2011

Teman bersama arwah, Dr Hamzah, Dr Ibrahim, Dr. Rosli Yaakob dan rakan lain dalam mesyuarat Tracer Study Graduan PISMP di Pulau Pinang 2012

17 ulasan:

  1. semoga arwah dr rosli dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...
    terasa sungguh kehilangannya...

    BalasPadam
  2. Sungguh tak terungkap dengan kata-kata atas pemergiannya...

    BalasPadam
  3. Us. Hj. Abd Karim Tahar7 Jun 2013 11:00 PTG

    AllahyarhamDr. Rosli adalah seorang rakan yang sangat baik, berbudi bahasa dan menghormati orang lain, suka membantu dan berkerjasama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar ustaz, tiada bermusuh dan sentiasa cool

      Padam
  4. Us. Hj. Abd Karim Tahar7 Jun 2013 11:03 PTG

    Allahyarham Dr. Rosli yang saya kenali adalah seorang kawan yang sangat baik, suka menolong orang dan berkerjasama, menghormati orang lain serta merendah diri walaupun mempunya kelulusan yang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

      Padam
  5. Semoga arwah di tempatkan di syurga dan bersama org2 beriman. Mengenang jasa beliau...saya sebak dan tak terucap dgn kata kata. Arwah bukan sahaja ketua jabatan terBAIK.... tp juga sahabat di kala susah dan senang. Kenangan bersama beliau sentiasa hidup bersama saya. Dlm menahan sebak..airmata tertumpah jua. Semoga Allah melindungi dan memberi kekuatan kpd keluarganya...al fatehah sentiasa mengiringi arwah...dan dititipkan doa setisp masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yg baik selalu dipinjamkan kpd kita pada satu jgkamasa yg singkat. Kita akan sentiasa merindui kebaikannya. Moga Allah mengampuni dan memberi limpaj rahmatNya

      Padam
  6. allahyarham merupakan pendidik yang beraspirasi... moga Allah merahmati,,,dr rosli

    BalasPadam
  7. Walau sebulan lebih beliau meninggalkan kita, sedih dan sayu masih terasa.... Ya Allah Kau tempatkan sahabatku ini bersama orang-orang yang soleh....alfatihah...

    BalasPadam
  8. Sebulan lebih sudah berlalu, masih terasa sedih dan sayu... Ya Allah Kau cucuri lah rahmat ke atasnya dan tempatkan nya bersama orang-orang yang soleh... Alfatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn...moga rohnya bersemadi dengan aman

      Padam
  9. Assalamualaikum,
    Berita ini sangat mengejutkan saya. Al-Fatihah buat Dr Rosli. Kami rakan sekerja di STAR. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.

    BalasPadam

Komen anda akan disemak. Terima kasih