.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Rabu, Disember 15, 2004

Penampilan diri Virtual

Apakah Identiti



Beatles pernah mengungkapkan dalam lagu mereka bahawa:



"I am he asyou are he as you are me and we are all together I am...
(Beatles, "Iam the walrus", 1967).
Oleh itu apa dan dimanakah identiti tersebut.
• Untuk menerangkan tentang identiti, kita perlu menjawab persoalan tentang siapakan diri kita. Kita mempunyai pelbagai jenisidentiti seperti; identiti kebangsaan, identiti sosial, identitikeluarga, identiti jantina, identiti budaya/bangsa, identiti kelasdan sebagainya. Kebanyakan identiti ini adalah luar kawalanseseorang individu.
• Selain dari identiti di atas, terdapat identiti yang dibinasendiri oleh individu. Ia cuba diwar-war dan dipertahankan. Kadang-kadang identiti ini berkait dengan kepercayaan dan ancaman-ancamantertentu.
Penampilan diri Dalam Chat
"I am whatever you say I am, if I wasn't why would I say I am..."(Marshall Mathers, 2000).
Identiti adalah kompleks bagi individu dan dibina melalui proses sosial. Semasa berkomunikasi dlm chat room individu memikirkantentang matlamat diri iaitu bagaimana mereka mengharap orang lainmenerima diri mereka, dan bagaimana sebenarnya komuniti bolehmenerima individu itu. Dalam teknologi CMC, kita melihat kepadafrasa iaitu bagaimana kita mengharapkan orang lain dapat menerimadiri. Proses yang melibatkan pembinaan imej yang dapat diterima olehkomuniti yang dikenali sebagai penampilan diri(Wood, 2000).
Individu menyedari tentang kepentingan penerimaan identiti ataupersepsi diri di dalam komunikasi secara atas talian (on-line communication). Oleh itu mereka cuba mengenalpasti dan memilihatribut yang sesuai dalam interaksi. Tindaklaku dalam komunikasi CMC memungkinkan seseorang individu berhati-hati memilih kaedah danisyarat yang sesuai. Justeru dalam realiti maya, individu akan memikirkan jangkaan dan anggapan orang lain semasa komunikasi.
Dengan teknologi ini interaksi terbuka kepada kemungkinan untuk berinteraksi dengan lebih luas berasaskan kelainan jantina, budaya, umur dan sebagainya. CMC secara tidak langsung memberi peluang individu membentuk penampilan identiti diri yang mempunyai pelbagai perbezaan sosial seperti dalam dunia nyata (Chesebro, 1985). Oleh itu, dalam pembinaan hubungan yang berkesan, penampilan identiti diri adalah penting.
Matlamat penampilan tersebut ialah untuk membina kepercayaan, dan galakan di dalam perkongsian dalam komuniti maya. Walaubagaimanapun realiti komunikasi internet adalah sangat mengecewakan terutama masyarakat melayu. Majoriti individu di dalam internet bukan sahaja tidak memberi nama dan identiti sebenar, malah perkongsiaan yang berkualiti boleh diragui. (Wood, 2000). Individu membina penampilan diri yang palsu kerana merasakan mereka akan terlepas dari hukuman dunia dan akhirat. Sebenarnya, kelakuan ini menyebabkan hilang peluang yang bermanfaat dalam hubungan interpersonal. Malah ia telah menyebabkan orang lain mendakwa bendayang wujud di internet adalah palsu (Ross, 1990).
Untuk membina kepercayaan terhadap diri individu, maklumat diri perlu boleh dipertanggungjawabkan. Semakin benar maklumat diri,semakin selesa, selamat dan tiada rasa terancam semasa interaksi. Semakin terserlah identifikasi diri individu, semakin mudah proses afiliasi seseorang di dalam komuniti serta memudahkan kawalan disiplin diri.
Tamayyuz (berpenampilan berbeza) individu Islam perlu berbeza dgn org bukan Islam. Tata kehidupan dan kebiasaan individu Islam perlu ada syakhshiyah (kepribadian) yang tersendiri. Jelas pendiriannya, identiti itu tidak meleleh dan larut oleh nilai-nilai dari luar sehingga hilang kepribadiannya. Jangan mengikuti budaya dan tatakehidupan masyarakat bukan Isklam, tanpa menyaring atau memilih. Ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
"Sungguh kamu akan mengikuti ummat suatu kaum sejengkal demisejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga seandainya mereka masuk kelubang biawak niscaya kamu juga ikut masuk ke dalamnnya." Sahabatbertanya, "Apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani wahai Rasulullah?"Nabi bersabda, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)." (Muttafaqun 'Alaih)
philo@sophia

Tiada ulasan :

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by yob! ini teman la...

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih