.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Sabtu, Mei 08, 2010

Hidayah Di Papan Catur

Hari ini teman menerima emel dari adik angkat. Dia meluahkan rasa bahagia. Setelah sekian lama terputus hubungan dek kerana jarak dan urusan hidup masing-masing. E-mel itu berbunyi:

.... sebenarnya, banyak benda yang saya nak cerita pada abg tetapi bila bertemu, dah lupa so saya rasa lebih selamat saya hantar email sahaja.
1. Abg ingat tak kali pertama lepas saya kahwin abg dtg ke rumah sewa saya depan stesen minyak pertronas, dah dekat magrib tetapi bila kita berdua dah bersedia nak solat, tiba tiba isteri abg nak pinjam telekung, tapi tak ada, abg terus balik. Sekarang saya faham mengapa abg terus balik. Bila dlm rumah itu org tak sembahyang maka malaikat pun tidak akan berada di dlm rumah itu. saya masih ingat perkara itu dan hikmahnya, saya selepas berkahwin dgn Azlina, saya terus sembahyang dan sentiasa mengingatkan diri saya sendiri bahawa sembahyang itu tiang agama dan wajib utk kita sembahyang kerana lelaki tidak dtg bulan :)
2. Saya berasa bersyukur terhadap illahi kerana dpt berhubung balik dgn abg kerana lama terpisah dan ada hikmahnya. Saya sekarang dah lebih tua dan lebih matang. saya faham bahawa jika seorg itu tidak sembahyang maka dia akan menerima seksaan kubur yg amat dahsyat. Dah 2 kali saya kena serangan jantung dan doktor kata, organ jantung saya tak boleh tahan serangan yg ke tiga. Isteri saya selalu mengingatkan saya bahawa anak anak saya masih kecil , Aqilah (1 tahun 3 bulan) dan Athirah (3 tahun 1 bulan). Saya rasa saya perlu terus hidup agar dpt memberi kasih sayang kepada anak anak saya yg masih kecil. setiap pagi saya bangun pukul 5 lebih, sembahyang then check email. pukul 6 pg, saya gerak Mat & Aishah. lepas itu makan oats (sangat sangat tak sedap tapi terpaksa makan)
saya rasa, dah banyak sangat saya tulis :)
ass-salam mualaikum.

Emel yang teman terima mengingatkan kembali kisah lama di mana pertama kali dirimu menerima hidayah Ilahi dan memeluk Islam di papan catur. Satu ketika dahulu diri mu adalah seorang kristian yang diwarisi dari bapa mu. Namun kita dipertemukan di papan catur semasa perlawanan Catur PSKPP 1994. “Kita Juara Martin”, bisik ku kepada mu setelah kita dinobatkan juara catur bagi Negeri Perak. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan dirimu menerima cahaya Ilahi. Namun yang pasti pada satu hari Jumaat, teman menjabat tangan dan ajarkan dirimu ikrar syahadah. Pada hari Jumaat itulah kali pertama dirimu mencecahkan dahi di sejadah menyerah diri bersolat Jumaat di hadapan Pencipta yang sebenar .

Dari Kristian kepada Islam itulah penghijrahan besar yang dirimu lakukan. Bukan calang-calang pengorbanan. Setelah penghijrahan itu, kau telah diambil oleh satu keluarga sebagai anak angkat di daerah Sungai Siput. Setelah itu, kita telah terputus hubungan. Dari kejauhan, teman dengar kau tamatkan zaman bujang mu di rumah keluarga angkat tersebut. Alhamdulillah.

Bertahun-tahun berlalu, cahaya kebahagian itu nampaknya terus bersinar, abang do’akan moga hubungan kita tidak putus dan diberkati. Kepada Martin, abang minta maaf kerana meletakkan emel mu di ruang ini. Semoga posting yang teman buat ini menyegarkan semangat dan istiqomah teman dalam Addin. Biar di mana kita berada, dalam keadaan mana kita ditakdirkan, risalah Ilahi tetap ditinggi dan dimuliakan.

Tiada ulasan :

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by yob! ini teman la...

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih