Ahad, Mei 02, 2010

Kanak-kanak Sindrom Down

Malam 1 Mei 2010, teman bersama keluarga ke Tesco Ipoh membeli sedikit barang keperluan harian. Ketika mundar mandir berjalan ke eskalator , teman didatangi oleh seorang kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak tersebut menunjukkan satu kupon untuk jualan. Dengan suara perlahan- lahan kanak-kanak tersebut menyebutkan tentang penjualan kupon untuk Pesta Ria Amal 2010 anjuran Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek, Perak. Tahniah kepada persatuan tersebut kerana menganjurkan majlis untuk kanak-kanak seumpama itu.Teman sungguh terharu dengan cara guru memberi latihan kepada kanak-kanak tersebut berinteraksi dengan orang awam semasa menjual kupon sambil menderma. Latihan seumpama ini dapat membina keberanian, keyakinan dan self esteem kanak-kanak ini.

Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.


Kejadian sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran. Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun). Sekitar 95% dari ini adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap ekonomi.Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan sindrom Down. Pada ibu berusia antara 20 hingga 24, risikonya adalah 1/1490; pada usia 40 risikonya adalah 1/60, dan pada usia 49 risikonya adalah 1/11. Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan sindrom Down dilahirkan pada wanita bawah usia 35, menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.


Semasa teman berkomunikasi dengan kanak-kanak sindrom down tersebut, peristiwa itu disaksikan oleh anak-anak teman. Cara mereka berinteraksi dan keberanian mereka amat baik dan sopan. Semoga anak-anak teman, mengambil pengajaran iaitu semua manusia perlu diberi peluang dan dihormati. Bukan kehendak mereka dilahirkan sebegitu. Oleh itu, hormat-menghormati dan kasih mengasihi adalah nilai yang amat penting diamalkan dalam kehidupan kita.

1 ulasan:

  1. Dalam kajian mike ni. Bersama le kita membantu kepada yang memerlukannya. Jangan lupa simpan kopun tu untuk pelepasan income tax.

    BalasPadam

Komen anda akan disemak. Terima kasih