Ahad, Oktober 24, 2010

Musuh


Sering orang bertanya kepada teman, kome ni ada musuh ke? Teman secara spontan akan menjawab, "YA". Bila jawapan itu teman berikan, sudah tentu ramai bertanya teman, SIAPA?
Jawapan teman mudah... Iblis LaknatulLah dan syaitan bertopengkan manusia.

Sering juga orang bertanya kepada teman, kenapa kamu dibenci orang? Teman secara spontan akan menjawab, itu fitrah alam. Kenapa kome kata begitu? Jawapan teman mudah. Iblis dan syaitan serta orang yang diruntun nafsu memang suka kepada yang fasad, Teman akan berkata kepada mereka itu, yang salah itu salah dan yang betul itu betul. Ini sudah tentu dibenci oleh kuncu-kuncu iblis tersebut.

Sering juga orang bertanya kepada teman, kenapa orang suka mengaitkan orang lain yang menjadi sebab, jika berlaku musibah atau kegagalan memperolehi sesuatu kejayaan. Teman jawab mudah, kerana manusia itu selalu sombong dan lupa diri. Mereka lupa bahawa, Allah mempunyai kuasa atas segala makhluk sama ada balasan kebaikan-keburukan, kejayaan-kegagalan, kesusahan-kesenangan dan sebagainya. Lebih baik muhasabah diri seperti kata Umar AlKhatab... Hisab diri kamu sebelum kamu dihisab. Sebagai hambaNya kita mampu berusaha bertawakal dan redha atas qada dan qadarNya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih