Ahad, Mei 19, 2013

Bengkel Pemantapan Dokumen Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Bersama Datuk Abd Rahim (SU MBI)
Ketika teman mengendali bengkel Pemantapan Dokumentasi Inovasi MBI tersebut, seorang peserta bangun bertanya, "tuan, jika macam inilah skema pemarkahan dan rekod yang perlu disediakan amat rumit dan sukarlah bagi kami yang dalam golongan pekerja bawahan terlibat dengan inovasi?". Soalan salah seorang peserta bengkel dari MBI tersebut ada benarnya kerana ada 2 sebab teman berkata demikian. Satu adalah, penyediaan rekod sebagai bukti serta persembahan data-data statistik yang perlu disediakan dengan lengkap sebagai mengukuhkan bahan inovasi yang dipertandingkan memang sukar dikuasai oleh golongan pekerja bawahan. Dua adalah, bagi pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA), kelayakan masuk ke pertandingan tersebut adalah paling kurang pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memproleh sekurang-kurangnya 3 bintang dalam penarafan bintang (SSR). Oleh itu jika ada pekerja yang telah mereka sesuatu inovasi yang baik, namun organisasi tidak memproleh 3 bintang, sukarlah bahan inovasi diketengahkan.

Namun, hasrat kerajaan amnya dan PBT khususnya meletakkan syarat dan skema sebegitu ada sebab dan objektifnya. Selaras dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, hasrat kerajaan adalah melihat perlaksanaan inovasi dalam PBT adalah bersifat menyeluruh serta melibatkan pengurusan atasan sehingga semua peringkat pegawai. Kerjasama semua pihak, kolaborasi antara jabatan-jabatan serta pembudayaan inovasi secara tersusun dan menyeluruh menjamin penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

Dalam bengkel kali ini selain kakitangan MBI dari semua jabatan, ia juga disertai oleh wakil dari Majlis Perbandaran Taiping dan Sekolah Kebangsaan Methodist Ipoh. Para peserta telah diberi pendedahan skema baru, berbengkel serta membuat persembahan inovasi. Peserta juga telah diberi tips cara membentang projek yang berkesan yang dapat mempengarui juri hakim.

Kesimpulannya, kejayaan satu inovasi bukan sahaja terletak kepada alat atau perkhidmatan yang direka, tetapi juga aspek pembuktian data dan rekod, bahan diterjemahkan kepada data yang menunjukkan berimpak tinggi, panduan pengguna/manual, budaya inovasi yang menyeluruh dalam organisasi, dokumentasi inovasi, dan persembahan semasa lawatan panel. Oleh itu, kejayaan sebuah inovasi bukan secara individu tetapi secara kolektif.
Sesi Ceramah selama 2 hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih