Isnin, Ogos 24, 2009

APC 2009

Pada 20 Ogos lepas sekali lagi teman dianugerahkan APC. Teman nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan organisasi kerana telah menganugerahkan dan memberi penghormatan kepada teman untuk menerima anugerah tersebut. Di samping itu teman ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan teman yang selama ini bersama-sama menjayakan program dan projek yang telah dilaksanakan. Anugerah ini sebenarnya adalah untuk kalian. Namun mungkin ini adalah rezeki dan masa teman, moga-moga rakan lain akan menikmatinya pada masa akan datang. Perjuangan kita perlu diteruskan. APC bukan buruan kita tetapi kecemerlangan adalah budaya kita. Pada teman, anugerah yang paling agung dan mutlak adalah pengiktirafan dari Allah RabulJalil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih