Khamis, Ogos 27, 2009

AlFatihah Prof Dr.Ismail

Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Sebenarnya teman merasakan kehilangan seorang bekas pensyarah tersayang semasa teman belajar di Fakulti Ekonomi UKM. Pernah satu ketika teman membentangkan satu kertas kerja di dalam kuliah bersama beliau. Teman teruja dengan daya ingatan beliau apabila dia mampu mengingat data-data yang teman bentangkan dalam subjek analisis polisi awam (dasar fiskal). Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih