Ahad, Ogos 23, 2009

Bilik Maut

Pada 28 Julai lepas teman dijemput ke Sabah untuk proses pemantapan projek eSPA. Kumpulan KMK kami diberi penghormatan untuk menjadi wakil BPG untuk pertandingan peringkat Kementerian. Sepanjang mesyuarat tersebut, kami mendapat input terbaru untuk pemantapan projek tersebut. Terima kasih kepada Pn Zalina dari JPN Kelantan atas komen yang ikhlas dan perkongsian pengalaman.

Apa yang menarik kali ini ialah, hotel tempat teman menginap tu telah menempatkan satu bilik kaca untuk kumpulan "naga asap" untuk menghilangkan ketagihan. Teman rasa idea ini bagus kerana bilik itu khas untuk kumpulan tersebut dan tidak mencemarkan alam sekitar. Untuk penambahbaikan kepada bilik tu adalah...tambahkan rokok free supaya 'naga' tu boleh keluar api pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih