Ahad, Ogos 23, 2009

Ekor oh Ekor


Pada 11 Ogos lepas teman dengan rakan sejawat melaksanakan KPKI di Gerik Perak. Ini adalah kali kedua teman sampai di sini setelah kali pertama sampai pada tahun 1991. Banyak perubahan pembangunan di bandar tersebut. Pada hari pertama KPKI, peserta kursus nampak berkobar-kobar. Pada pengalaman teman, dalam mengikuti kursus pangkalan data ini, akan ada kumpulan yang akan 'gugur'. Membina pangkalan data ni bukan sahaja perlu ada minat, tetapi sikap dan kreativiti penting dalam menghasilkan satu sistem pangkalan data yang baik.

Namun yang menarik bagi teman semasa berada di Gerik adalah gelagat segelintir masyarakat di bandar kecil ni. Semasa teman menginap di sebuah hotel kecil di bandar tersebut teman sempat merakam kumpulan masyarakat Islam yang masih membeli nombor ekor. Mereka membeli melalui pintu belakang kedai. Moga-moga ada masyarakat Gerik yang prihatin dan sanggup membuat teguran kepada mereka tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih