Jumaat, April 30, 2010
Khamis, April 29, 2010
Peruntukan Kilat RM3j
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya yang dibuat ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Rasa. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) ikhlas membantu rakyat dan tidak mahu ada pihak mempertikaikan janjinya serta berharap masyarakat Cina akan memberikan sokongan lebih banyak pada masa depan.Berdoalah kita supaya ada di kalangan ADUN atau AP di kawasan kita meninggal atau meletakkan jawatan supaya ada pilihanraya kecil dan kita dapat peruntukan kilat dalam suasana ekonomi yang meleset dan penguncupan peruntukan kewangan kepada agensi-agensi kerajaan.
Action Song Competition
Baru-baru ini teman dijemput untuk menyampaikan hadiah pertandingan tersebut di Peringkat Kelompok 5 Daerah Kinta Utara. Rasa teruja teman dengan kreativiti murid-murid kecil dalam pertandingan tersebut. Syabas kepada SKTD kerana dinobatkan sebagai johan peringkat Kelompok 5 Daerah Kinta Utara. Semoga misi warga SKTD ke arah SBT akan tercapai.
The Action Song Competition is held with the following objectives:
To encourage and increase the use of English Language among the younger
pupils. To build confidence and sense of ease with English Language among the younger pupils. To develop skills of integrating scripting of music and movement with language. To provide a platform for ‘fun and happy learning’.
Rabu, April 28, 2010
Personal Improvement
Selasa, April 27, 2010
Whey
Whey adalah salah satu jenis bahan asas yang digunakan dalam pembuatan suatu produk. Whey adalah campuran berbagai jenis protein seperti beta-lactoglobulin, alpha-lactalbumin dan serum albumin yang boleh dijumpai dalam susu dan keluaran susu. Whey banyak digunakan dalam produk seperti susu bayi, susu, makanan bayi dan juga pada flavor. Salah satu tujuan Whey digunakan untuk mengurangkan kos pengeluaran. Whey banyak dalam keluaran keju atau mentega. Whey dengan kata lain adalah serum susu terdiri dari komponen utamanya adalah:- Laktosa (4-7 %)
- Protein (0.6 – 1.0 %)
- Whey manis yang menggunakan enzim sebagai metod koagulasinya
- Whey asam diperoleh dari metod koagulasi yang menggunakan asam dan
- Whey teknis yang menggunakan asam selain asam laktat seperti HCl dan asam sulfat.
Dengan demikian, bahan tambahan tersebut perlu dicurigai. Apalagi jika bahan tersebut berasal dari Eropah atau Amerika. Penggunaan enzim campuran (rennet dan pepsin, bersumber dari babi) dalam pembuatan keju di Eropah dan Amerika semakin meningkat dari hari ke hari.
Ubat tiruan
Setiap manusia mahukan kesihatan. Memiliki kesihatan yang baik amat berharga berbanding dengan memiliki harta yang banyak. Apa guna harta yang banyak jika badan tidak sihat. Oleh itu salah satu cara mengekalkan kesihatan adalah dengan pengambilan ubatan.


Manis Kurang Manis!
Kempen Kurangkan Pengambilan Gula telah dilancarkan pada 27 April 2010 di peringkat IPG. Kempen kesedaran ini dijalankan agar melahirkan rakyat yang sihat dan menyumbang kepada modal insan yang produktif. Gula dikaitkan dengan lebih 146 jenis penyakit seperti :
- kegemukan
- Diabetes
- Kerosakan gigi
- penyakit jantung
- kanser payu dara, ovari, kolektoral, limpa
- Osteoporosis (tulang reput kurang protin zat galian dan kalsium)
- Imun lemah
- Sakit sendi
- peningkatan kolestrol
- batu karang
- Gaout
- jerawat batu
- bisul
Komplikasi lain Diabetes adalah seperti
- Gangrin (tisu mati)
- Kabur penglihatan
- Buah pinggang rosak
- Serangan jantung
- Tekanan darah tinggi
- Angin ahmar
- Koma
Tanda-tanda awal adalah:
- sentiasa merasa dahaga
- kerap membuang air
- merasa letih dan lesu
- susut berat badan
- Luka dan kudis yang lambat sembuh
- Gatal dibahagian kemaluan
Didapati 7.6% rakyat Malaysia menghadapi masalah gemuk. Di didapati 50% rakyat Malaysia menghadapi masalah lebihan berat badan. Negeri Kelantan adalah negeri paling tinggi kadar penyakit diabetes di Malaysia.
Menurut kajian, gemuk disebabkan:
- Genetik (10%)
- Tingkahlaku makan (80%)
- Persekitaran (10%)
Purata rakyat Malaysia mengambil 23 sudu sehari. Kadar ini adalah paling tinggi di kalangan negara ketiga. Pada tahun 2009, 2 juta gigi telah dicabut kerana masalah gigi akibat dari lebihan pengambilan gula. Kajian mendapati, halangan pengurangan penggunaan gula adalah disebabkan:
- Citarasa suka gula
- persepsi gula sebagai makanan asas
- memandang ringan bahaya gula
- kurang faham kadar gula yang selamat
- Glokus
- Fruktos
- Laktos
- Maltos
- Sukros
- Sirap glukos
- sirap maple
- Sorbitol
- Gula perang
- Madu
- Sirap hitam
- minum air kosong
- 1 sudu teh sudah mencukupi
- elakkan minuman berkarbonat (sebulan sekali)
- Minum jus asli (100%)
- Kurang makan kek biskut ais krim
- makanan jeruk dan di awet
- makan pemanis alternatif (ganti susu cair)
- Makan buahan sekurang-kurangnya 3 cawan
- sikap perlu berubah
- Nasi satu cawan untuk orang dewasa (tetapi kerap)
- Senyum 2oo kali untuk mengelakkan kanser mulut.
Ahad, April 25, 2010
Panduan Laman Web MDeC
Kriteria Penilaian Laman Web/Portal Agensi Kerajaan oleh MDeC
• Address
• Agency Policy
• Client`s Charter
• Comments/Forum
• Email Updates/Broadcast
• Fax Number
• Multi Language
• Phone Contact
• Publications/Databases
Search within portal/website
• Video/Audio Clips
• W3C Disability Accessibility
Citizen Insight Generation
• `Remember Me` Feature
• Disclose Disclaimer
• FAQ
• Feedback Form/Inquiry Form
• Feedback Response
• No Use Cookies
• Notice Of Copyright
• Privacy Policy
• Website Personalization
Citizen Services
• `About Us` Section
• Auto Notification
• Feature Additional Technology/Web 2.0
• Link to MSC Malaysia
• Link to myGov
• Link to Other Sites
• No Advertisement
• No Broken Link
• Number of Online Services
• RSS Feed
• Security Policy
• Mobile Web/SMS
Citizen Support
• Browser Support
• Navigation Support
• Statement of `Best Viewed`
• Support Link
• Loading Time
Content Management
• "Laman Web Rasmi" Phrase
• Display of Malaysia Crest/Agency Crest/Logo
• Display of MSC Malaysia Logo
• Updated Event/Information Notification
• Website Counter
Ralat pada Database Web
Tapi cuba hangpa tengok depa punya laman web yang teman copy pada 25 April 2010. Berapa bintang kome nak bagi jika berasaskan pada kriteria di atas. Lepas tu cuba tengok kat anak panah yang teman buat tu, ada error pada web depa.
Sabtu, April 24, 2010
Inovasi
Baru-baru ini teman dilantik untuk menjadi panel penilai anugerah inovasi di sebuah IPG. Aktiviti ini amat baik bagi membina dan menjana budaya kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan awam dalam meningkatkan nilai tambah organisasi masing-masing. Inovasi dalam Perkhidmatan Awam adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.Untuk membuat penilai beberapa kriteria diberi tumpuan dan diambil kira.
Tumpuan Penilaian Pertama : Idea
Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.
(i) Keaslian Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.
(ii) Adaptasi Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada.
Tumpuan Penilaian Kedua : Hasil inovasi (Output)
Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sesuatu inovasi itu.
Kriteria Tahap Pelaksanaan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti; (i) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau (ii) Secara percubaan (di peringkat prototaip).
Kriteria Replicability ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti (i) Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan (ii) Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)
Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.
Kriteria Efisien ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada :
(i) Penjimatan masa
(ii) Penjimatan kos
(iii) Peningkatan Produktiviti
(iv) Mudah digunakan (user-friendly).
Kriteria Signifikan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam :
(i) Perkhidmatan Awam (ii) organisasi (iii) bahagian/seksyen/unit.
Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan
Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen pihak pengurusan atasan. Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan atasan dalam memberi sokongan dari segi (i) Kewangan (ii) Pengurusan Sumber Manusia (iii).Insentif (iv) Penghargaan (v) Peralatan.
Pada pendapat teman semua peserta yang menyertai pertandingan telah menang dan kreatif serta inovatif. Cuma yang menepati ciri tumpuan yang dinyatakan di atas adalah terbaik di kalangan peserta yang cemerlang.
Khamis, April 15, 2010
Menangis
Wanita sangat mudah menitikkan air mata. Mengapa demikian? Kaum lelaki umumnya mengatakan bahawa wanita kerap menangis tanpa sebab yang jelas. Olet itu, wanita dianggap lemah. Namun anehnya, ramai lelaki tidak tahan dengan air mata wanita. Mereka jatuh kasihan, dan inilah dikatakan air mata senjata ampuh wanita.William H. Frey II, melakukan penelitian kandungan air mata yang disebabkan dua keadaan. Pertama air mata emosi dan kedua mata tercemar. Kelompok pertama diminta menyaksikan film mengharukan untuk menghasilkan air mata akibat emosi, dan yang kedua dipapar wap bawang merah untuk air mata rangsang tercemar. Setelah diteliti, air mata dari dua keadaan itu sama-sama mengandung tiga campuran kimia yang dihasilkan tubuh selama perasaan tertekan. Protein tersebut adalah leusinenkefalin yang berfungsi mengatasi rasa sakit; adrenokortikotropik, yaitu hormon penanda perasaan tertekan dan penghilang rasa sakit; serta prolaktin, hormon peningkat produksi air mata dan pengatur produksi air susu.

Menangis akan sukar jika hati dalam keadaan tidak peka. Tak mudah menemukan air mata, ketika berdoa sendirian bila hati tidak lembut. Pada masa ketika kehidupan diliputi gemerlap dunia, seorang mukmin harus senantiaa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Menangis merupakan hal positif jika merupakan refleksi dari kesadaran. Sadar akan kelemahan-kelemahan dirinya ketika tiada lagi yang sanggup menolongnya melainkan hanya Allah. Sadar bahwa hanya Allahlah tempat bergantung. Kesadaran yang menimbulkan kerendahan hati dan membawa manfaat dunia dan akhirat. Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabb-nya dalam kesendirian kemudian dia meneteskan air mata. Air mata juga bisa menjadi penawar duka, ketika rasa sedih menyempitkan perasaan dan menyesakkan dada. Namun, setetes air mata kerana takut pada Allah akan jauh memiliki keindahan. Penghuni surga ialah mereka yang sering menangis di dunia karena Allah. Manusia senantiasa berada dalam dua tangisan yaitu tangisan karena Allah dan tangisan bukan karena Allah.
Rabu, April 14, 2010
Ayo o Ayo
Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut? Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar. Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit. Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah. 
Gambar yang diambil di atas adalah hasil tapisan air dari rumah teman selama 3 minggu yang disalur ke rumah teman. Jika teman tak tapis, lihat betapa hitamnya kesan karat yang masuk ke perut teman yang boleh membiakkan berbagai penyakit dalaman. Jadi apa perlu kita lakukan... Ayo ooo ayo...
Khamis, April 08, 2010
Antara Dhuha dan Tai Chi

Tai Chi Chuan merupakan seni berperang, menggunakan kekuatan lawan untuk memukul diri mereka sendiri, “yang lunak mengatasi yang keras”, serta tetap tidak terluka meskipun kalah dalam pertarungan, “bergerak bersama momentum lawan”.Tai Chi Chuan merupakan seni beladiri yang efektif untuk berperang, untuk mempertahankan diri dari segala bentuk agresi fisik. Tai Chi Chuan merupakan system bertarung yang komprehensif sekaligus ringkas, yang terdiri atas :· Memukul· Menendang· Melempar· Mencengkram
Betapa kagetnya orang itu mendengar perkataan Rasulullah SAW. Ia pun kembali ke tempat solat dan mengulangi solatnya. Seperti sebelumnya ia melaksanakan solat dengan sangat cepat. Rasulullah SAW tersenyum melihat "gaya" solat seperti itu. Setelah melaksanakan solat untuk kedua kalinya, ia kembali mendatangi Rasulullah SAW. Begitu dekat, beliau berkata pada lelaki itu, "Sahabatku, tolong ulangi lagi solatmu! Engkau tadi belum solat."Lagi-lagi orang itu merasa kaget. Ia merasa telah melaksanakan solat sesuai aturan. Meski demikian, dengan senang hati ia menuruti perintah Rasulullah SAW. Tentunya dengan gaya solat yang sama. Namun seperti "biasanya", Rasulullah SAW menyuruh orang itu mengulangi solatnya kembali. kerana bingung, ia pun berkata, "Wahai Rasulullah, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak bisa melaksanakan solat dengan lebih baik lagi. kerana itu, ajarilah aku!"

Ahad, April 04, 2010
Awas Pintu



Jumaat, April 02, 2010
Al Fatihah Mior Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010. 









