Khamis, April 29, 2010

Peruntukan Kilat RM3j

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya yang dibuat ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Rasa. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) ikhlas membantu rakyat dan tidak mahu ada pihak mempertikaikan janjinya serta berharap masyarakat Cina akan memberikan sokongan lebih banyak pada masa depan.

Saya buat perjumpaan ini kerana saya nak tunaikan janji saya pada pilihan raya kecil (Hulu Selangor) dan saya pun nak menafikan ada desas-desus (mendakwa) oleh kerana orang Cina tak bagi sokongan sepenuhnya kepada BN jadi tak perlu kita beri peruntukan kepada mereka."Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan (kerana) saya anggap ini tanda ikhlas kepada masyarakat Cina (dan) keikhlasan BN untuk terus mengharapkan kerjasama dengan masyarakat Cina walaupun pada hari ini dia tidak sepenuhnya mengundi kita, kita harap pada masa akan datang mereka akan memberi sokongan yang lebih banyak kepada BN," katanya pada majlis penyerahan cek di pejabatnya, di sini, semalam.


Berdoalah kita supaya ada di kalangan ADUN atau AP di kawasan kita meninggal atau meletakkan jawatan supaya ada pilihanraya kecil dan kita dapat peruntukan kilat dalam suasana ekonomi yang meleset dan penguncupan peruntukan kewangan kepada agensi-agensi kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih