Selasa, September 25, 2012

Bibliografi Muhammad bin Abdullah

Buku ini harus dimiliki oleh setiap insan yang cintakan Nabi Muhammad saw kerana pendekatan penulisan buku ini lebih berbentuk penceritaan yang santai dan berfakta. Gaya penulisan yang mudah dan sistematik dapat membantu pengkaji sejarah dan pencinta Rasul saw menghayati sirah nabawiyyah tersebut. Penghinaan terhadap nabi baru-baru ini melalui filem memang patut ditentang. Namun dalam masa yang sama, kita perlu mengenali nabi dengan lebih dekat supaya kecintaan kita akan lebih bermakna. Oleh itu dapatkan buku ini dan terima kasih sahabat saya yang telah memberi cadangan bacaan buku ini. 

Dengan membaca buku ini di peringkat awal bab, baru lah saya sedar bahawa kelambu kaabah dimulai oleh orang yahudi dari Yaman, tentera Abrahah adalah kristian, gajah Abrahah yang besar bernama Mahmud, di tepi kaabah pernah perzinaan berlaku, hijrah ke Habsyah lebih jauh berbanding ke Madinah dan berbagai rahsia lagi yang patut kita selami.

"Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik -

“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -

“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim 

“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih