.... sebenarnya, banyak benda yang saya nak cerita pada abg tetapi bila bertemu, dah lupa so saya rasa lebih selamat saya hantar email sahaja.
1. Abg ingat tak kali pertama lepas saya kahwin abg dtg ke rumah sewa saya depan stesen minyak pertronas, dah dekat magrib tetapi bila kita berdua dah bersedia nak solat, tiba tiba isteri abg nak pinjam telekung, tapi tak ada, abg terus balik. Sekarang saya faham mengapa abg terus balik. Bila dlm rumah itu org tak sembahyang maka malaikat pun tidak akan berada di dlm rumah itu. saya masih ingat perkara itu dan hikmahnya, saya selepas berkahwin dgn Azlina, saya terus sembahyang dan sentiasa mengingatkan diri saya sendiri bahawa sembahyang itu tiang agama dan wajib utk kita sembahyang kerana lelaki tidak dtg bulan :)
2. Saya berasa bersyukur terhadap illahi kerana dpt berhubung balik dgn abg kerana lama terpisah dan ada hikmahnya. Saya sekarang dah lebih tua dan lebih matang. saya faham bahawa jika seorg itu tidak sembahyang maka dia akan menerima seksaan kubur yg amat dahsyat. Dah 2 kali saya kena serangan jantung dan doktor kata, organ jantung saya tak boleh tahan serangan yg ke tiga. Isteri saya selalu mengingatkan saya bahawa anak anak saya masih kecil , Aqilah (1 tahun 3 bulan) dan Athirah (3 tahun 1 bulan). Saya rasa saya perlu terus hidup agar dpt memberi kasih sayang kepada anak anak saya yg masih kecil. setiap pagi saya bangun pukul 5 lebih, sembahyang then check email. pukul 6 pg, saya gerak Mat & Aishah. lepas itu makan oats (sangat sangat tak sedap tapi terpaksa makan)
saya rasa, dah banyak sangat saya tulis :)
ass-salam mualaikum.
Dari Kristian kepada Islam itulah penghijrahan besar yang dirimu lakukan. Bukan calang-calang pengorbanan. Setelah penghijrahan itu, kau telah diambil oleh satu keluarga sebagai anak angkat di daerah Sungai Siput. Setelah itu, kita telah terputus hubungan. Dari kejauhan, teman dengar kau tamatkan zaman bujang mu di rumah keluarga angkat tersebut. Alhamdulillah.
Bertahun-tahun berlalu, cahaya kebahagian itu nampaknya terus bersinar, abang do’akan moga hubungan kita tidak putus dan diberkati. Kepada Martin, abang minta maaf kerana meletakkan emel mu di ruang ini. Semoga posting yang teman buat ini menyegarkan semangat dan istiqomah teman dalam Addin. Biar di mana kita berada, dalam keadaan mana kita ditakdirkan, risalah Ilahi tetap ditinggi dan dimuliakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih