Pada awal 2010 teman disahkan mengidap diabetes peringkat awal kerana mungkin sebab sejarah keluarga dan cara pemakanan yang salah di mana bacaan glukos pada tahap 7.2 semasa keadaan puasa (Normal adalah 3.6 - 6.3 mmol/L). Bacaan itu kadang-kadang meningkat pada tahap 11.00 jika diambil dalam keadaan random (tidak puasa adalah ( 4.0 – 7.8 mmol/L). Manakala creatinine bacaannya adalah 122 (53 – 106 umo/L). Oleh itu, atas nasihat 2 doktor maka teman telah disuruh mengambil ubat Glibenclamide 2.5 mg setiap pagi.
Glibenclamide adalah hipoglikemik oral derivat sulfonil urea yang bekerja aktif menurunkan kadar gula darah. Glibenklamide bekerja dengan merangsang sekresi insulin dari pankreas. Oleh karena itu glibenklamida hanya bermanfaat pada penderita diabetes dewasa yang pankreasnya masih mampu memproduksi insulin. Pada penggunaan per oral glibenklamide diabsorpsi sebagian secara cepat dan tersebar ke seluruh cairan ekstrasel, sebagian besar terikat dengan protein plasma. Pemberian glibenklamide akan menurunkan kadar gula darah dalam 3 jam dan kadar ini dapat bertahan selama 15 jam. Glibenklamide diekskresikan bersama feses dan sebagai metabolit bersama urin.
Doktor menggalakkan teman membeli alat mengesan glukos dalam darah dan alat membaca tekanan darah (BP) supaya dapat mengesan sendiri tahap glukos dan tekana darah. Mereka menasihatkan supaya melakukan senaman setiap hari seperti mana galakan Kementerian Kesihatan supaya berjalan sekurang-kurang 10,000 langkah setiap hari untuk mengurangkan protin dalam darah.
Pada pagi ini 1 Mei 2010 bacaan awal pagi, alhamdulillah menunjukkan 5.2 buat pertama kalinya (kebiasaan bacaannya adalah 7 ke atas). Dalam usia dah masuk 40an ni, Stamina yang semakin menurun, wajah yang dah mula menunjukkan kedut, penyakit yang datang menjengah sekali-sekala tapi makin kerap dan sebagainya. Oleh itu, teman telah mengambil keputusan membuat pelaburan kesihatan dengan membuat koleksi alatan fitness seperti mesin treadmill, basikal magnet, alat lentik badan, alat urut refleksologi dan alat urut. Macam mini gimnisium pulak.
Hari ini ada PC Fair oleh PIKOM, satu mini laptop teman beli. Namun, alatan kesihatan fizikal TAKASIMA tidak dilupakan. Kalau dulu teman selalu berabis duit untuk memburu teknologi komputer yang sentiasa beredar dengan cepat sesuai keperluan teknologi generasi Y. Kesihatan kena jaga, Yob. Jika kesihatan fizikal kurang, kesihatan mental akan turut terganggu. Komputer secanggih mana tidak dapat menggantikan nikmat kesihatan. Ya Allah kurniakan teman sekeluarga kesihatan supaya kami dapat bersyukur dan beribadat kepada Mu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih