Fenomena tenung nasib sedang melanda umat Islam di Malaysia. Dari hari ke hari kaedah tenung nasib semakin mendapat sambutan dari kaedah moden hinggalah kaedah kuno. Laman komuniti facebook.com (laman ini dah jadi hit no. 1 di dunia pada 22 Mei 2010) juga semakin rancak menyediakan kuiz-kuiz tenung nasib dan rahsia personaliti. Sebelum itu, telah banyak disebarluaskan rahsia-rahsia personaliti berdasarkan zodiak, hari kelahiran, kedudukan dalam adik-beradik, warna kegemaran, cara berjalan, bentuk wajah, bentuk jari, kedudukan tahi lalat dan pelbagai lagi yang digemari oleh masyarakat kita.
Fenomena ini, jika tidak berhati-hati akan merosakkan aqidah. Perkara meramal telah diharamkan. Sumber yang mengharamkannya banyak sekali. Dalam Al-Quran, Surah Al-Maaidah, ayat 90, Allah berfirman yang maksudnya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Barangsiapa mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.”
Abu Dawud pula meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu ’alaihi wa sallam.”
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0OcmD7ot_F1i-kBO5PNnDfYKCHjFAZ32QBZYTK65iDjNg4ehexSG2CzGqlaN68SWbsr2F2GpCWthsaL0F7E-azf1VI0eALe0OuMMz_tLpDVLT7dybfDxUJINUKQzHkiPvtAD2wbRusMzj/s200/220520101505.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih