2007 SKTD adalah seperti sekolah biasa. Senarionya tidak ada bezanya dengan lain-lain sekolah. Tetapi sejak 2008 perubahan demi perubahan telah menonjol terutama dari segi pembangunan fizikal. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berkat kerjasama komuniti sekolah berkenaan. Seingat teman, pernah teman mencadangkan kepada pengurusan sekolah membuat lawatan ke sekolah terbaik. Kebetulan teman sering melawat ke sekolah-sekolah memantau praktikum dan kursus pendek. Oleh itu, teman dapat melihat perbezaan etos antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pada 2008, warga SKTD pernah melawat sekolah-sekolah Harapan Negera seperti SK Kampong Jambu Taiping dan SK Ampang, Ipoh. Lawatan ini penting supaya menjana ide dan menjadikan sekolah-sekolah yang baik sebagai benchmark. Kini, SKTD telah setanding dan malah ada beberapa perkara mengatasi sekolah-sekolah yang telah dilawati. Semoga pencapaian yang diperolehi dapat diterus dan dipertingkatkan dari masa ke masa.
Kita sedar, senang untuk mencapai kejayaan jika ada ketekunan dan semangat. Namun, bukan senang untuk mengekalkan kejayaan dan pencapaian sedia ada. Namun jika semangat tinggi, ketekunan, sokongan dan apreasiasi oleh semua pihak kepada sekolah, kejayaan akan berterusan dan dapat dipertingkatkan. Atas kesedaran bahawa pengekalan kejayaan bukan tanggungjawab guru semata-mata, pada hari ini, aktiviti gotong royong telah dilaksanakan. Ibubapa dan guru-guru bersama-sama memulihara dan menceriakan persekitaran sekolah. Kerana, jika difikir dan nilai, ini la tempat anak-anak menghabiskan masa yang panjang dalam hidup seharian mereka. Dengan penyediaan tempat yang kondusif, mereka akan sentiasa suka kepada sekolah dan warga sekolah.
Suasana Gotong Royong Pelajar, Guru dan Ibu bapa
Selepas tamat program gotong royong, teman sempat meninjau persekitaran SKTD. Beberapa tempat yang menarik sempat teman rakamkan untuk peninjau blog teman. Ini adalah antara hasil kerja warga SKTD terutama guru-guru.
Senario Sekolah SKTD
Laman Merdeka
(Tanaman bunga dan pokok hiasan)
Laman Herba
(Tanaman pokok herba yang baik untuk kesihatan)
Laman Samudera dan Sudut Kreativiti Pelajar
(Peralatan nelayan menangkap ikan)
Laman Tani
(Info berkaitan kampong dan pokok serba guna)
(Info berkaitan kampong dan pokok serba guna)
(Tanaman pokok-pokok buahan tempatan)
Kiosk PPDA, PSS dan Tradisional
(Pondok kecil yang menempatkan maklumat)
Medan Ting-ting dan Dam Besar
(Tempat pelajar bermain mainan tradisional)
Papan Maklumat
(Pelan sekolah, Sejarah sekolah, Pelajar Mithali dan Aktiviti Guru)
(Sains, Bahasa, Astrologi, Jawi)
Kini, suasana persekitaran sekolah telah berubah dan amat membanggakan. Teman boleh beri 5 bintang kepada usaha, keazaman, kreativiti dan penambahbaikan berterusan yang dilakukan.
SKTD dalam TV3
Inilah YDP PIBG SK Tasek Dermawan yang hebat. Orang terakhir balik semasa hari gotong royong pada 15.5.2010. Tiga lepas itu, maklumat serta gambar(laporan) dah keluar kat internet.
BalasPadamSelamat Hari Guru.
Daripada:
Cikgu Azahar