Selasa, Mei 11, 2010

Piza, AlFatihah

Tepat 6.00 pagi 11 Mei 2010 teman menerima SMS dari rakan yang menyatakan Piza pergi buat selama-lamanya. Teman merasa kesayuan dan kesedihan bercampur-campur mengiringi berita pemergian mu. Berita pemergian mu menggamit semula kenangan lama ketika saat pertemuan kali pertama dan saat terakhir pertemuan kita 2 hari lepas.

Pada pertemuan kali pertama, teman disapa oleh rakan sepejabat yang menyatakan ada seorang saudara teman mendaftar kerja. Terkejut juga teman. Bila berpaling ke kiri dan berpaling ke kanan, tidak pula ada yang teman kenal rupa. Namun seorang wanita merapati dan memperkenalkan diri dan menyatakan beliau adalah anak Pak Akob. Setelah memperkenalkan diri, baru la teman kenal. Sejak itu, kami rapat sebagai saudara dan teman sepejabat.

Namun, sejak seminggu dua ke belakang ini, Piza tidak hadir kerja kerana kurang sihat. Pernah dia mengadu sakit perut seperti gastrik kepada teman. Yang pasti pada 8 Mei 2010 lepas, doktor mengesahkan, Piza sedang menderita kanser hati pada tahap 4. Macam tak percaya berita tersebut.

2 hari sebelum kau pergi buat selama-lamanya, itulah 30 minit terakhir kita bersembang. Kau duduk berjuntai kaki di katil hospital sambil merenung jauh di jendela hospital.
T: Apa kabar Piza?
P: Hmm, macam ini la.
T: Ada rasa sakit gastrik lagi?
P: Hilang dah, cuma kurang selera makan. Tadi pengsan sebab glokus turun sampai 1 mmol/L. Nasib baik ada orang sebelah panggilkan nurse. Sekarang dah ok sikit.
T: Pukul 5 naik kepada 3.2 mmol/L (sambil menyelak dan membaca kertas laporan perubatan di hujung katil).
T: Mike kena jangkitan kencing manis teman ni (Sambil teman berseloroh. Beliau tahu teman ada diabetes, kerana setiap awal pagi sebelum 8.00 am, sering melihat teman makan di pantri pejabat sebelum memulakan kerja.)
P: Ye la tu (sambil tersenyum)
Gembira rasanya teman ketika melihat kau masih berupaya tersenyum. Namun kau terus memandang ke luar jendela. Angin dari luar meniup ke dalam wad hospital.
P: Sedapnya rasa angin luar tu. Esok ada lagi ke angin macam ni untuk Fiza?
T:InsyaalLah. Mungkin esok lebih indah.
P: Doktor masih tidak tahu apa penyakit saya. Beberapa kali saya dah ditebuk untuk ambil sampel tisu. Tapi sampai sekarang tak tahu lagi apa sebenar penyakitnya.
(Sebenarnya sebelum masuk ke wad itu, teman telah diberitahu oleh abang sulongnya bahawa Piza disahkan mengidap kanser hati tahap kritikal dan kumanya telah merebak ke organ-organ dalaman yang lain. Mungkin Piza tidak diberitahu oleh doktor tentang penyakit yang sedang dihadapi. Dari penglihatan fizikalnya, mata kuning, mukanya dah sembab, dan kakinya telah membengkak.)
T:Jadi apa doktor nak buat sekarang?
P:Depa tengah bincang dan buat analisis sampel tisu tu. Tapi Piza makan ubat ini (Sambil menunjukkan botol ubat yang baru dibeli oleh adiknya di KL (tengok gambar) berharga RM200)



(Ubat yang berharga RM200. Di belakang adalah Allahyarham)


Tiba-tiba seorang rakan sepejabat menyapa dan bertanya kaitan teman dengan Piza.
T:Piza ini saudara teman. Nenek dia dengan nenek isteri teman adalah orang yang sama. Tu sebab kat pejabat ni teman kena jaga diri baik-baik sebab ada spy, kan Fiza!
P: Ye la (sambil tersenyum kali kedua)

Senyuman mu sebanyak dua kali sepanjang pertemuan terakhir kita masih terbayang. Piza selama kita bersama di pejabat, mike adalah orang yang rajin dan tekun dalam kerja. Bila bercakap, nada suara mu penuh sifat keibuan, selalu menasihat, bercerita, bergurau senda. Setiap pagi, engkau la orang pertama berada di pejabat. Seingat teman, hanya 2 kali teman berjaya mendahului mu. Namun kini, setiap pagi bila teman masuk ke pejabat… kosong, tanpa sapaan salam dari mu. Kau pergi buat selama-lanya. Moga-moga kau di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan orang yang beroleh rahmatNya. Amien. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih