.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Jumaat, Disember 02, 2011

Pemikiran Kreatif dan Inovatif Pelajar vs Pemikiran Dinosaur

Pada tahun 2005, teman telah mengenali seorang sahabat yang sebaya teman menerusi voice conference menggunakan Yahoo! Messenger (YM). Beliau telah menetap di UK sejak 1984 serta telah berkeluarga. Pasangan tersebut berasal dari Tanah Cik Siti Wan Kembang telah membuka firma akauntan di bandar London. Dalam banyak-banyak topik perbualan, satu topik yang teman nak kongsi bersama di ruang ini iaitu tentang pendidikan anak-anak.

Soal sahabat teman kepada teman, "berapa berat purata bag anak you bila ke sekolah?".. Teman menjawab, "hampir 8 kilo". "Kenapa soalan itu ditanya", tanya teman. Beliau menjawab, "anak-anak kami di UK ni pergi sekolah bawa botol air dan makan tengahari". "Habis dema belajo apa kalau tak bawa buku?", tanya teman. "Mereka ajar anak-anak kami tentang kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui interaksi pembelajaran seharian." balas sahabat teman.
Maka terfikirlah dibenak hati teman, patutla mereka mempunyai daya fikir dan daya mengatasi masalah yang tinggi kerana sejak di sekolah rendah telah diasah agar tajam berfikir.

Di Malaysia bukan tiada kemahiran berfikir itu diterapkan dalam P&P seperti melalui KBKK, ada!, tetapi kenapa tidak berjaya?  Jika mereka ini diberi masalah dunia realiti untuk di atasi, belum tentu mereka ini dapat mengatasi dengan kreatif. Mungkin kerana di akhirnya nanti, kejayaan sistem pendidikan diukur pencapaiannya dengan peratus berapa orang dapat 5A. Kelulusan keseluruhan menjadi ukuran sama ada sekolah itu bend 1, 2 atau 3. Akhirnya anugerah kecemerlangan biasanya jatuh kepada pelajar yang kuat daya ingatan dan hafalan.  Jadi, apabila peratus pencapaian akademik jatuh, JPN akan salahkan PPD, PPD akan salahkan sekolah, dan sekolah akan salahkan cikgu. Cikgu juga jadi mangsa.

Jadi, bagaimana kita mahu menggarapkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam dunia pendidikan di Malaysia? Perbualan kami panjang itu sehingga hari ini masih segar dalam ingatan.

Bila rakan teman Tn. Hj. Mohd Nor bertanya teman dengan membawa satu scenario di bawah:


“Sebatang besi buruk bernilai RM5, jika anda mengambil besi buruk tersebut dan hasilkan ladam kuda nilainya akan berganda menjadi RM50.50, dan jika besi tersebut digunakan untuk membuat jarum nilainya akan meningkat kepada RM3,285. Jika anda menghasilkan spring jam ia akan bernilai RM250,000.
Perbezaan antara RM5 dan RM250,000 adalah KREATIVITI, REKA CIPTA dan INOVASI”
Cuba kita fikir-fikirkan dan bagaimana kita boleh membawa anak didik berfikiran.
Apa yang teman dapat komen adalah kita perlu bekalkan anak-anak didik kita kemahiran yang begitu kritikal iaitu bukan sahaja kemahiran berfikir kreatif dan kritis serta menyelesaikan masalah tetapi juga Kemahiran Abad 21 . Menurut Tony Wagner dalam buku, The Global Achievement Gap menyatakan  7 kemahiran yang perlu untuk anak-anak:

  • Critical Thinking and Problem Solving
  • Collaboration across Networks and Leading by Influence
  • Agility and Adaptability
  • Initiative and Entrepreneurialism
  • Effective Oral and Written Communication
  • Accessing and Analyzing Information
  • Curiosity and Imagination
Oleh itu sebagai pendidik zaman baru ini, guru perlu persiapan dari aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memberi anak didik 7 Kemahiran abad 21 agar survival mereka terjamin.

Zaman mereka (Generasi Y) tidak sama dengan zaman kita (Generasi X). Menurut satu kajian online yang dibuat oleh NetDay’s Speak Up Day for Students 2004 yang melibatkan 55,000 pelajar K-12 dari seluruh US dengan soalan terbuka:

“In the future, you will be the inventors of new technologies. What would you like to see invented that you think will help kids learn in the future?”

Jawapan mereka adalah berkisar kepada 4 perkara iaitu:

  1. Peranti digital yang kecil berbagai fungsi yang diselaraskan dengan arahan dari suara pengguna
  2. Akses kepada internet berkelajuan tinggi, tanpa wayar untuk digunakan di sekolah dan rumah menggantikan buku.
  3. Tutor berbentuk inteligen sistem yang membantu membuat kerja rumah dan mengakses sumber, bagi menyelesaikan masalah seperti matematik 
  4. Mereka perlu dilengkapkan dengan  cara belajar dan menyiapkan kerja sekolah menggunakan teknologi (termasuk learning games, virtual world experiences, on line classes, doing school work on the computer or on line, digital teachers, e books, and personalized learning.)
Ini adalah pandangan mereka  hasil pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar kecil di Amerika tentang gaya pembelajaran mereka pada masa hadapan [ada tahun 2004. Oleh itu, siapakah guru yang akan mengendalikan mereka ini nanti dalam tahun 2020? Mahu tidak mahu guru perlu perlengkapkan diri supaya tidak digelar DINOSAUR


Tiada ulasan :

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by yob! ini teman la...

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih