Rabu, Disember 14, 2011

Hatrik Inovasi Perak

Teman amat bersyukur kerana telah mengukir sejarah peribadi tersendiri iaitu sejak tahun 2008 hingga 2011 teman telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan sebagai pembentang bagi projek-projek inovasi dalam pertandingan inovasi perkhidmatan awam peringkat negeri Perak  3 tahun berturut-turut. Dan sejak tahun 2008 hingga 2011 itu juga, kami telah berjaya menjadi johan inovasi peringkat Negeri Perak (kecuali 2010 pertandingan inovasi tidak dianjurkan oleh kerajaan Negeri Perak kerana proses perubahan peraturan oleh MAMPU). Kejayaan ini adalah satu hatriks melalui projek: 
  1. Sistem Pendaftaran Pelajar (e-Daftar) - Johan Inovasi Negeri Perak 2008 
  2. Sistem Pendaftaran Aset Alih Kerajaan (e-SPA) - Johan Inovasi 2009 
  3. Sistem Tempahan Bilik Kuliah (e-Chopp) - Johan kumpulan KIK Negeri Perak 2010 
  4. Sistem Pangkalan Data Kompetensi (myKompetens) - Johan Inovasi Negeri Perak 2011 
Selama tiga tahun berturut-turut teman telah diberi penghormatan untuk membuat pembentangan dan telah membuahkan hasil. Dengan persaingan yang sengit dari pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan kementerian, serta syarat yang ketat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai penganjur, kumpulan inovasi kami terus unggul serta dapat mengharunginya. Malah yang paling manis, pengiktirafan yang diberi bukan sahaja oleh panel-panel dari sektor awam tetapi juga oleh panel-panel dari sektor swasta. Faktor kejayaan dalam semua aktiviti ini adalah semangat esprit de corp dalam kumpulan inovasi.
Baca selanjutnya ...

Isnin, Disember 05, 2011

Target Setting: Adakah dari mimpi?

Teman tertarik dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO dengan menyebut tentang target setting. Ini menunjukkan beliau adalah orang yang mempunyai gaya pengurusan yang sistematik. Semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agung 2011, Presiden UMNO telah menyatakan sasaran beliau pada persidangan. Terdapat 4 sasaran dinyatakan, iaitu:
"Saya telah berfikir apakah agaknya harapan saya kepada persidangan agung UMNO kali ke-62 ini. Tentu kalau kita buat sesuatu kerja, sama ada kerja amal, kerja ilmu, kerja politik, kita mesti meletakkan beberapa sasaran sama ada sasaran itu tersurat atau tersirat.
Saya hendak berkongsi pada sidang perwakilan bahawa saya telah menetapkan empat sasaran yang kalau tercapai maka persidangan ini boleh dianggap sebagai amat berjaya.
Sasaran pertama saya agar persidangan ini menggambarkan UMNO adalah parti bersatu dan ampuh barisannya, supaya bukan saja orang di dalam dewan ini mempunyai gambaran itu tetapi juga berjuta-juta di luar yang melihat melalui peti televisyen dan yang ada di dalam ruang luar PWTC.

Yang kedua, saya hendak melalui persidangan ini sebab ramai menyebut kemungkinan persidangan ini terakhir sebelum pilihan raya. Orang yang menyebutnya - menggambarkan bahawa kita berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang amat baik, bersedia untuk turun ke medan bakti berjuang habis-habisan agar UMNO kembali sebagai parti bermaruah dan bermartabat.
Yang ketiga saya ingin supaya melalui persidangan ini kerajaan mendapat sokongan untuk membawa perubahan yang besar kepada negara yang kita telah menggagaskan sebagai pelan transformasi nasional, mendapat mandat yang sepenuhnya daripada sidang perwakilan pada kali ini.
Dan yang keempat saya inginkan segala-gala yang menjadi perisian pada persidangan ini memberi isyarat dan mesej yang amat jelas bahawa rakyat Malaysia seramai 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat keseluruhannya meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara kita dan rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Mereka tidak akan kecewa kalau diletakkan pengharapan di atas bahu dan jemala UMNO."
Namum, jika ketika ini baru diungkap, maka teman terfikir-fikir kenapa sasaran (target setting) baru difikirkan oleh presiden UMNO di akhir perhimpunan?. Sedangkan dalam pengurusan yang sistematik seperti berasaskan KPI dan berorentasikan standard kualiti, target setting merupakan kayu ukur yang patut telah ditetapkan awal-awal sebelum sesuatu kerja, sesuatu aktiviti atau cadangan penyelesaian masalah. Kenapa tidak digagaskan semasa ucapan pembukaan? Adakah presiden tidak merancang secara sistematik sebelum membuat perhimpunan? Apa pula indikator pencapaian target yang difikirkan itu?

Target setting (sasaran) adalah merupakan gaya pengurusan berasaskan preatasi yang selalu dilakukan oleh organisasi yang amat mementing pencapaian akhir.Target yang baik adalah bermula prestasi semasa diukur dan disertai bagaimana tindakan yang membolehkan organisasi berjaya dengan penambahbaikan yang dilakukan.
Di antara perkara yang anda boleh dipertimbangkan adalah:
  • Sejauhmana perkhidmatan yang diberi oleh parti sepadan dengan keperluan yang diperlukan?
  • Dalam banyak-banyak perkhidmatan parti, manakah yang berjaya seperti dirancang? 
  • Apakah sebenarnya masalah yang berlaku di sebalik perkhidmatan yang ditawarkan oleh parti? 
  • Adakah pemantauan yang kerap dilakukan dalam semua aspek? 
Dengan menjawab persoalan tersebut, ia akan memandu pengurus parti atau organisasi menambahbaik prestasi. Dengan kaedah ringkas tersebut ia akan dapat membentuk key performance indicators (KPIs). Dalam masa yang sama perlu ada data dan cara terbaik untuk mengukur KPI yang menjadi bukti kejayaan kepada target setting.
Baca selanjutnya ...

Ahad, Disember 04, 2011

Khalid al-Walid atau Burung Walet

Selama 3 hari berturut-turut teman mengikuti dan menganalisis program bual bicara di TV3 secara langsung dari PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011. Kesemua panel dalam kalangan UMNO tersebut, mengulas isu utama dalam perhimpunan kali ini berkenaan ''winnable candidate'.

Dalam ucapan dasar Presiden UMNO semasa perhimpunan Agung UMNO 2011 telah berpesan kepada perwakilan bahawa beliau akan memilh calon PRU13 nanti adalah 'winnable candidate'. Dengan menyorot sejarah Islam beliau menyatakan:
Kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang
Sejarah yang dipetik oleh presiden adalah sejarah kecemerlangan zaman pemerintahan Islam di mana semua aktor telah dan pernah ditarbiyah langsung oleh Rasulullah saw.

Soalnya sekarang, mampukah ahli UMNO  yang telah sebati sebahagian besarnya dalam kalangan ahli, ketua cawangan, ketua bahagian, penyandang ADUN dan penyandang ahli Parlimen menghadapi situasi perlucutan kuasa atau tidak dipilih sebagai calon. Sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya telah lama menganut fahaman bahawa jawatan parti adalah satu pelaburan yang lumayan. Itu sebab beberapa ketika dahulu isu panas yang selalu disebut-sebut dalam UMNO adalah POLITIK WANG ketika pemilihan jawatan-jawatan dalam UMNO. Dari jawatan peringkat AJK cawangan hingga ke peringkat presiden sehingga ramai ahli UMNO digantung keahlian pada 2009, malah jawatan presiden telah diputus tidak dipertandingkan dek kerana politik wang tersebut. Istilah 'main belakang', 'cah keting', pembelot, pengkhianat dan sebagainya, adakah benar-benar dapat dipadamkan selepas persidangan tersebut apabila mereka tidak dipilih? Sanggupkah ahli-ahli UMNO yang telah melabur beribu-ribu RM (malah ada yang berjuta) mempromosi diri dan melobi diri untuk membina sebagai imej calon calon pilihanraya, melepaskan pelaburan mereka begitu saja? 

Jawapan kepada persoalan tersebut hanya akan terjawab ketika mana semboyan PRU13 dicanang dan pembubaran parlimen telah diumumkan. Jika sorakan dan tepukan dalam perhimpunan diambilkira, itu baru retorika. Mari kita sama-sama saksikan pula episod lakonan ahli UMNO hasil tarbiyah Presiden UMNO versi Perhimpunan Agung 2011. Adakah mereka sama sikap seperti Panglima Khalid al-Walid atau  sama macam Burung walit? (Sifat burung walit ni adalah mendiamkan diri dan mendengar bunyi twitter yang mengasyikkan sambil memejamkan mata macam ragam perwakilan mendengar perbahasan...atau  mendiamkan diri dan mendengar bunyi twitter yang mengasyikkan pabila tidak dipilih sebagai calon).


Baca selanjutnya ...

Sabtu, Disember 03, 2011

Ubat KK Untuk Sakit Lutut

Teman selalu buat satu analogi di dalam kuliah tentang cerita seorang doktor dalam sebuah desa. Satu hari doktor didatangi oleh 3 orang pesakit bernama Pak Ali, Pak Abu dan Pak Samad. Mula-mula Pak Ali masuk ke dalam bilik doktor. Apabila ditanya oleh doktor tersebut tentang masalah Pak Ali, beliau menjawab "saya dah seminggu sakit pinggang". Lalu doktor memberi ubat KK (Paracetamol atau selalu dikenali oleh orang kampung panadol). Kemudian Pak Abu pula masuk berjumpa doktor. Pak Abu memberitahu dia dah seminggu sakit lutut. Doktor pun memberi Pak Abu ubat KK juga. Kemudian Pak Samad pula masuk berjumpa doktor. Beliau mengadu telah demam 2 hari. Doktor dengan senang hati memberi ubat KK juga.

Jika anda adalah pemerhati kepada tingkahlaku doktor berkenaan, sudah tentu anda akan memberi komen yang negatif kepada doktor tersebut. Macam-macam kata-kata nista dan kutukan akan terhambur di mulut kita. Agak-agaknya dari ketiga-tiga pesakit tersebut, siapakah yang akan mendapat kesan positif dari ubat KK yang diberi?....Jawapan anda sudah tentulah Pak Samad...kerana sesuai penyakit dan ubat. 

Itu adalah satu analogi yang digambarkan melalui satu scenario kampung.

Sekarang kita tinjau pula tindakan pendidik di dalam kelas mereka? Apakah mereka telah membuat analisis  keperluan dan gaya pembelajaran anak-anak didik semasa mereka menyampaikan ilmu pengetahuan dalam kelas? Jika mereka menggunakan satu pendekatan sahaja, tanpa mengambil kira keperluan dan gaya pembelajaran, maka sama lah pendidik tersebut dengan doktor kampong yang memberi ubat KK tanpa mengambil kira penyakit.

Sedangkan di menara gading, ilmu pedagogi dan ilmu psikologi dikaji dan dihayati....tetapi kenapa di sekolah secara realiti...ilmu itu diketepi. Alasan yang selalu diberi adalah silibus, arahan GB, arahan PPD arahan JPN dan sebagainya. Akhirnya 70 peratus pelajar dalam kategori 'sederhana' menjadi mangsa.

Ilmuan selalu meminta para pendidik melihat gaya belajar seperti Model VAK (visual, audiotori, kinestatik). Berapa orang pendidik menganalisis kecenderungan pelajar dari aspek VAK ini. Berapa orang pendidik telah menilai potensi anak didik mereka berdasarkan  kecerdikan kepelbagaian semasa mereka menyampaikan pengajaran? Apa yang pasti, hari - hari mereka menggunakan pendekatan yang sama kerana matlamat mereka adalah menghabiskan silibus. Jadi, malanglah bagi anak-anak yang kreatif (dalam pelbagai aspek kecerdasan) tidak dapat dicungkil potensi diri mereka secara optimum tetapi yang mendapat manfaat adalah segelintir pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan yang diamalkan tersebut.

p/s agak-agaknya la... ini mungkin salah satu faktor ramai pelajar perempuan di IPTA...sebab pendekatan P&P yang selalu digunakan itu memang sesuai kepada sebahagian besar pelajar tersebut.

Baca selanjutnya ...

Jumaat, Disember 02, 2011

Pemikiran Kreatif dan Inovatif Pelajar vs Pemikiran Dinosaur

Pada tahun 2005, teman telah mengenali seorang sahabat yang sebaya teman menerusi voice conference menggunakan Yahoo! Messenger (YM). Beliau telah menetap di UK sejak 1984 serta telah berkeluarga. Pasangan tersebut berasal dari Tanah Cik Siti Wan Kembang telah membuka firma akauntan di bandar London. Dalam banyak-banyak topik perbualan, satu topik yang teman nak kongsi bersama di ruang ini iaitu tentang pendidikan anak-anak.

Soal sahabat teman kepada teman, "berapa berat purata bag anak you bila ke sekolah?".. Teman menjawab, "hampir 8 kilo". "Kenapa soalan itu ditanya", tanya teman. Beliau menjawab, "anak-anak kami di UK ni pergi sekolah bawa botol air dan makan tengahari". "Habis dema belajo apa kalau tak bawa buku?", tanya teman. "Mereka ajar anak-anak kami tentang kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui interaksi pembelajaran seharian." balas sahabat teman.
Maka terfikirlah dibenak hati teman, patutla mereka mempunyai daya fikir dan daya mengatasi masalah yang tinggi kerana sejak di sekolah rendah telah diasah agar tajam berfikir.

Di Malaysia bukan tiada kemahiran berfikir itu diterapkan dalam P&P seperti melalui KBKK, ada!, tetapi kenapa tidak berjaya?  Jika mereka ini diberi masalah dunia realiti untuk di atasi, belum tentu mereka ini dapat mengatasi dengan kreatif. Mungkin kerana di akhirnya nanti, kejayaan sistem pendidikan diukur pencapaiannya dengan peratus berapa orang dapat 5A. Kelulusan keseluruhan menjadi ukuran sama ada sekolah itu bend 1, 2 atau 3. Akhirnya anugerah kecemerlangan biasanya jatuh kepada pelajar yang kuat daya ingatan dan hafalan.  Jadi, apabila peratus pencapaian akademik jatuh, JPN akan salahkan PPD, PPD akan salahkan sekolah, dan sekolah akan salahkan cikgu. Cikgu juga jadi mangsa.

Jadi, bagaimana kita mahu menggarapkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam dunia pendidikan di Malaysia? Perbualan kami panjang itu sehingga hari ini masih segar dalam ingatan.

Bila rakan teman Tn. Hj. Mohd Nor bertanya teman dengan membawa satu scenario di bawah:


“Sebatang besi buruk bernilai RM5, jika anda mengambil besi buruk tersebut dan hasilkan ladam kuda nilainya akan berganda menjadi RM50.50, dan jika besi tersebut digunakan untuk membuat jarum nilainya akan meningkat kepada RM3,285. Jika anda menghasilkan spring jam ia akan bernilai RM250,000.
Perbezaan antara RM5 dan RM250,000 adalah KREATIVITI, REKA CIPTA dan INOVASI”
Cuba kita fikir-fikirkan dan bagaimana kita boleh membawa anak didik berfikiran.
Apa yang teman dapat komen adalah kita perlu bekalkan anak-anak didik kita kemahiran yang begitu kritikal iaitu bukan sahaja kemahiran berfikir kreatif dan kritis serta menyelesaikan masalah tetapi juga Kemahiran Abad 21 . Menurut Tony Wagner dalam buku, The Global Achievement Gap menyatakan  7 kemahiran yang perlu untuk anak-anak:

  • Critical Thinking and Problem Solving
  • Collaboration across Networks and Leading by Influence
  • Agility and Adaptability
  • Initiative and Entrepreneurialism
  • Effective Oral and Written Communication
  • Accessing and Analyzing Information
  • Curiosity and Imagination
Oleh itu sebagai pendidik zaman baru ini, guru perlu persiapan dari aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memberi anak didik 7 Kemahiran abad 21 agar survival mereka terjamin.

Zaman mereka (Generasi Y) tidak sama dengan zaman kita (Generasi X). Menurut satu kajian online yang dibuat oleh NetDay’s Speak Up Day for Students 2004 yang melibatkan 55,000 pelajar K-12 dari seluruh US dengan soalan terbuka:

“In the future, you will be the inventors of new technologies. What would you like to see invented that you think will help kids learn in the future?”

Jawapan mereka adalah berkisar kepada 4 perkara iaitu:

  1. Peranti digital yang kecil berbagai fungsi yang diselaraskan dengan arahan dari suara pengguna
  2. Akses kepada internet berkelajuan tinggi, tanpa wayar untuk digunakan di sekolah dan rumah menggantikan buku.
  3. Tutor berbentuk inteligen sistem yang membantu membuat kerja rumah dan mengakses sumber, bagi menyelesaikan masalah seperti matematik 
  4. Mereka perlu dilengkapkan dengan  cara belajar dan menyiapkan kerja sekolah menggunakan teknologi (termasuk learning games, virtual world experiences, on line classes, doing school work on the computer or on line, digital teachers, e books, and personalized learning.)
Ini adalah pandangan mereka  hasil pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar kecil di Amerika tentang gaya pembelajaran mereka pada masa hadapan [ada tahun 2004. Oleh itu, siapakah guru yang akan mengendalikan mereka ini nanti dalam tahun 2020? Mahu tidak mahu guru perlu perlengkapkan diri supaya tidak digelar DINOSAUR


Baca selanjutnya ...

Panduan Skema Inventor

Kadang-kadang kita menggunakan ilmu rasa. Itu sebabnya bila orang akan bercakap, mereka menggunakan perkataan..."saya rasa....." . Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita lakukan tidak bernilai...maka mereka pun berkata..." saya rasa.... benda ni bukan ada apa-apa pun, kecik je....." Ini satu kesilapan.

Ramai dalam kalangan kita telah mereka cipta sesuatu peralatan, idea dan bahan untuk menjadikan setiap proses kerja harian cekap dan berkesan. Namun apabila idea, alat dan bahan tersebut hendak diketengahkan, kita menghadapi masalah. Apa yang perlu dibentangkan? Di sini ada beberapa panduan pembentangan  untuk tujuan pertandingan. Antara aspek yang boleh diberi perhatian adalah:

Penyataan Idea Baru yang dicipta (Pemberat 25)


1. Kreativiti
 a) Keaslian; atau
b) Adaptasi
       
Jika bahan adalah asli, ia akan memberi markah yang tinggi jika masuk pertandingan.

Hasil Inovasi - Output (Pemberat 30)

 2. Tahap pelaksanaan
a) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau
b) Percubaan (di peringkat prototaip)

Jika hanya baru sendiri pakai dan hanya untuk cuba-cuba sahaja, markah adalah rendah. Jika telah diguna secara meluas dan diseragam pada seluruh organisasi, ini adalah terbaik.

3. Replicability
a) Boleh dilaksanakan terus di pelbagai tempat: atau
b) Boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Jika idea, alat atau bahan boleh terus digunakan oleh mana-mana organisasi, mungin disebabkan pekeliling yang sama, standard kualiti yang sama dll, ini adalah terbaik.

Impak Inovasi - Outcome (Pemberat 40)

 4. Efisien (Kecekapan)
a) Jimat masa
b) Jimat kos
c) Tingkatkan produktiviti
d) Mudah digunakan (user- friendly)

Nyatakan jumlah RM dan masa yang dijimatkan dengan menyertakan kiraan dan bukti penjimatan serta pengesahan dari pegawai kewangan/juruaudit

5. Signifikan
a) Tinggi (Impak kepada Perkhidmatan Pendidikan); atau
b) Sederhana (Impak kepada organisasi); atau
c) Rendah (Impak kepada bahagian / seksyen / unit)
 
Nyatakan impak dalam bentuk boleh diukur supaya memberi gambaran kepentingan idea atau alat yang dicipta

Pengurusan (Pemberat 5)

6. Komitmen
    Pengurusan Atasan telah memberi sokongan dari segi:
Sumber kewangan
Sumber manusia
Insentif
Penghargaan
Peralatan

Nyatakan bagaimana aspek di atas telah dilaksanakan berserta bukti.


Dengan dokumentasi serta produk yang inovatif, idea yang pada asal yang kita anggap kecil akan menjadi suatu hasil rekaan yang memberi impak besar kepada negara. Sebagai satu contoh sebuah cawangan imigresen daerah, telah mereka prosedur baru proses kerja dalam menangani PATI (pendatang). Kita merasakan bahawa satu flow chart tentang proses kerja adalah perkara biasa. Hanya sekeping kertas. Namun, apabila dibentangkan dengan menggunakan kriteria-kriteria di atas terutama aspek kesignifikanan (impak), ia telah dilihat sebagai idea besar dan telah memenangi pertandingan inovasi peringkat negeri. 
Baca selanjutnya ...

Khamis, Disember 01, 2011

Kejayaan Pemimpin Futuristik

Para pemimpin sentiasa diperhati, baik dari segi pemikiran, tindakan dan sikap. Mereka akan dijadikan contoh teladan dan sumber inspirasi. Untuk mengekalkan kualiti tersebut, team-work atau amal jama’i diperlukan supaya komitmen serta iltizam dalam gaya fikir dan tindakan akan sentiasa tekal.

Pemimpin yang bersifat idealistik dan mempunyai pandangan yang futuristik sentiasa memerlukan pengetahuan baru dan sentiasa kreatif. Oleh itu sumber kepada pengetahuan ini adalah dari sumber manusia dan bukan manusia. Sebagai seorang pemimpin, sumber manusia (think tank) amat popular digunakan. Namum ada pemimpin yang salah membuat pemilihan sumber manusia tersebut.

Di antara persoalan dan senarai semak pemimpin yang mempunyai idealisme tersebut adalah: 
  1. Siapakah yang di kelilingi oleh pemimpin tersebut? Adakah pengampu, oportunis, atau ilmuan kreatif dan futuristik?
  2. Bagaimana idea kreatif dan konstruktif ini dapat dirancang dan digarap untuk menjadi kenyataan? 
Jika ia mempunyai visi dan idea yang futuristik tetapi di kelilingi oleh pengampu dan golongan opoturnis dan gagal mengimplentasi idea menjadi realiti, ini adalah kegagalan seseorang yang bernama pemimpin.
Baca selanjutnya ...

Awas Pemimpin Jumud


Dalam ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agong 2011 telah menyentuh tentang cabaran besar iaitu menghadapai pengaruh media sosial. Kenapa ini cabaran, senjata dan pengaruh baru? Kerana media sosial sangat berkuasa dalam semua bidang baik aspek politik, ekonomi atau pendidikan. Ada yang menyatakan media sosial menyebabkan pelbagai kekacauan tetapi mahu tidak mahu ia adalah alat untuk menjamin individu mampu bersaing dan relevan dalam dunia baru. 

Ahli techno savvy mempunyai kuasa baru ini. Para pemimpin perlu membina kuasa dengan kerjasama generasi techno-savvy ini. Pemimpin yang berjaya, jika mereka mengoptimum kepakaran tersebut dan penggunaan teknologi media ini dengan maksimum. 

Pemimpin organisasi, pemimpin masyarakat dan pemimpin komuniti perlu mencipta kuasa dalam era media sosial kerana ia akan menguasai 3 bidang dan sentiasa relevan.

  1. Media ini berkait dengan manusia dan komunikasi. Media ini akan memastikan keberadaan kita dalam media baru seperti Facebook dan Twitter. Media baru adalah tetang teknologi connectivity dan communication.  Dengan sifat media sosial yang bercirikan globalisasi dan amalgamasi,  telah membuka pintu yang lebih besar kepada peluang dan ruang komunikasi. 
  2. Media ini mampu mencipta Persepsi dan Kepercayaan. Penggunaan media ini akan membantu individu membina imej, rapport dan membina kepercayaan. Dengan meletakkan sentiasa diri individu sebagai objek di hadapan orang ramai dengan lebih dekat, ia akan membina populariti, kesukaan, keselesaan dan keuntungan kepada individu tersebut.
  3. Saling berkait dan Konvergen. Satu kelemahan biasa yang berlaku dalam kalangan pengguna web adalah selepas satu artikel dipos di internet, ia dibiarkan tanpa dilawati. Namun, kini teknologi web telah boleh dipaut dengan berbagai media sosial lain seperti  two-faced book, twitter, dan perkhidmatan lain. Banyak cara mengintergrasi pos ke beberapa sosial network lain yang boleh dimanfaatkan. Ping.fm boleh feed pos kepada lebih 40 platform media social. Oleh itu penyebaran akan lebih meluas dan berkesan

Oleh itu, para pemimpin yang telah sedar tentang kepentingan senjata baru adalah pemimpin yang akan sentiasa relevan.
Baca selanjutnya ...

Generasi Y Dalam Sektor Pekerjaan

Generasi Y yang lahir sejak 1980an kini sedang memasuki bidang pekerjaan. Dianggarkan terdapat 70 juta orang seluruh dunia. Oleh itu beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan. Jika pengubahsuaian gagal dilakukan, gap generasi berlaku. Contoh perbezaan gap generasi adalah seperti generasi Y mendapat pengetahuan dengan peranti teknologi  tetapi golongan "dinosaur"  mendapakan maklumat melalui buku. Oleh itu, ada beberapa trait atau ciri yang boleh dilihat dalam kalangan Generasi Y ini yang boleh dijadikan panduan kepada para pengurus kategori “dinosaur”:

Tech-Savvy:
Mereka membesar dengan teknologi dan di kelilingi oleh peranti seperti BlackBerrys, laptop, telefon bimbit dan lain-lain gadgets. Generation Y sentiasa boleh dihubungi dalam 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Generasi ini berhubung dengan e-mail, SMS berbanding secara bersemuka.

Family-Centric:
Mereka suka fleksibeliti dalam jadual kerja tetapi generasi lama mungkin melihat sikap ini sebagai kekurangan komitmen, dan disiplin. Generasi Y yang profesional mempunyai visi tempat kerja yang berbeza dan mereka lebih mengutamakan keluarga dari kerja.

Achievement-Oriented:
Generasi initelah dipupuk dan dimanjakan oleh ibu bapa yang tidak mahu generasi ini membuat kesilapan seperti generasi sebelumnya. Generasi Y bercita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian. Mereka berkeyakinan, mencari cabaran baru dan tidak takut kepada persoalan yang remeh. Generasi Y mahu melakukan kerja yang bermakna dan proses pembelajaran yang kukuh.

Team-Oriented:
Generasi Y komited dengan kerja kumpulan. Mereka menghargai kerja berpasukan kerana dengan caraa ini mereka mendapatkan input dan kekuatan antara satu sama lain. Mereka setia dan mahu menjadi salah seorang ahli dalam pasukan.

Attention-Craving:
Generasi Y memerlukan perhatian dalam bentuk maklum balas dan bimbingan. Mereka perlu sentiasa diberi pujian dan keyakinan. Generasi Y boleh memberi manfaat yang besar daripada mentor yang bersifat memberi panduan dan membangunkan jiwa mereka.

Dari trait yang dibincangkan di atas, para pemimpin organisasi perlu membuat pengubahsuaian dalam situasi kerja, polisi dan pendekatan. Kebijaksanaan Bill Gates memahami serta melayani keperluan generasi Y ini, telah memungkinkan beliau meraih kejayaan besar dalam dunia maklumat. Information is POWER. 
Baca selanjutnya ...

Sabtu, November 26, 2011

Kumpulan Inovatif dan Kreatif Bintang 3

Pertama-tama teman nak kongsi tentang faktor kejayaan sesebuah kumpulan KIK. Teman perturunkan sedikit faktor kejayaan untuk kumpulan dalam satu-satu konvensyen KIK. Faktor ini teman dapat dari seorang konsultan dan juga rakan 'sekolam bluewave'. Antaranya adalah:

  1. Kualiti Persembahan - iaitu dokumentasi yang baik meliputi bahan utama seperti kertas projek, slide persembahan dan bahan-bahan sokongan yang mantap.
  2. Kualiti Projek - iaitu projek yang dilaksanakan oleh kumpulan KIK dapat menyumbang kepada orang-ramai dari segi kemudahan , keselesaan, kecekapan dan berkesan. Projek tersebut perlu mempunyai impak yang tinggi.
  3. Kualiti Ahli - iaitu ahli di dalam kumpulan berkualiti dari segi pengetahuan alat-alat kualiti, berkemahiran dan matang.
Apa yang didapati kelemahan yang ketara dan perlu penambahbaikan adalah:
  1. Kreativiti dan inovasi yang dihasilkanperlu djelaskan. Kumpulan KIK hanya menjelaskan 'what' tetapi kurang aspek 'how'
  2. Pengukuran impak tidak diukur secara menyeluruh termasuk keberkesanan organisasi, proses, pembangunan modal insan dan kewangan.
  3. Pemilihan tajuk projek dihubungkaitkan  'core business' dengan objektif, misi dan visi organisasi.
Secara peribadi, kejayaan merangkul taraf 3 bintang 2011 kali ini adalah kejayaan yang menjadi kenangan manis dan dikenang sampai bila-bila. Ia sangat membahagiakan diri teman sendiri dan mungkin nohtah sebagai ahli KIK. Dari mula merancang projek, merekabentuk dan mengarang slide, penyedia rakaman video, penyedia rakaman audio hingga menjadi pembentang adalah satu kepuasan yang amat meletihkan. Dalam berkerja secara kolaboratif ini sudah menjadi lumrah, ada yang menjadi 'parasit mengaut laba'.
Baca selanjutnya ...

Selasa, Oktober 25, 2011

Gaddafi satu Ikhtibar


Banyak kisah menarik mengenai Almarhum Gaddafi seperti aktiviti sosial dan kebajikan agama. Beliau pernah berdakwah kepada 200 orang jelitawan Itali dan menghadiahkan sebuah al Quran setiap seorang.




Selain itu puluhan buah masjid dan bantuan kewangan untuk pengembangan agama Islam disalurkan seperti di Indonesia . Bantuan kewangan juga diberikan kepada pemberontak dan juga pejuang pemisah seperti di Selatan Thai dan Mindano Filipina.

Apapun dengan nasib menimpa Gaddafi itu, kita perlu diambil iktibar di mana pengakhiran kita. Dalam kalangan penguasa, raja-raja atau pun pemimpin politik pula, apa yang dilalui Gaddafi akan juga diterima sama oleh penguasa atau pemimpin politik yang tidak peka dengan kehendak rakyat. Memperkecil dan memperbodohkan rakyat, natijahnya akan dirasai sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Kenapa Gaddafi dihina di saat akhir hayat beliau, hanya Allah maha tahu.




Hendaknya pemimpin politik Malaysia tidak akan menunggu saat akhir untuk melayan kehendak rakyat serta memperbetulkan tindakan 'salah' yang telah dilakukan atas nama demokrasi.
Baca selanjutnya ...

Isnin, September 26, 2011

Ramah Mesra Alumni Sofar 2011


Hari ramah mesra Institut Sofar (IS), Sabtu 24 Sept 2011 lalu, telah mencuit rasa nostalgia para pengunjungnya. Kisah lama ditimbulkan semula untuk mengetuk dan menyegarkan ingatan dan saling senyum simpul teringatkan peristiwa dulu dulu. Pelajar pelajarlah yang mempunyai ingatan segar bugar dan cukup terperinci sekali pabila menceritakan his or her side of the story. Kagum dan kaget dibuatnya. Ini mengingatkan saya lagu “Two sides to every story” nyanyian dan pengarang lagu Gene Clark. 

Mengingat kesah lama perlu dalam hidup malah dalam perjuangan. Ianya asam garam hidup. Pak Natsir pun berkata begitu, tetapi beliau mengingatkan kesah “glory of the past” itu perlu kita gandingkan dengan usaha menyusun “glory of/for the future”. Kalau tidak ada susulan agenda bertindak, kita hanyut ketinggalan zaman. Dengan bertemakan “glory of/for the future” inilah makalah ini di tulis merangka langkah maju kedepan untuk tatapan keluarga besar/alumni Sofar.

Masyarakat IS, rupanya, masih mempunyai kekuatan kerapatan batin atau spiritual bonding. Ini aset yang amat diperlukan oleh mana mana organisasi. Inilah jelmaan jelas dari jaringan keakraban keSofar-an yang telah mekar membara selama ini. Entusias ini diharapkan berkekalan. Dan, ada pula yang meminta jawapan kemana agaknya keSofar-an ini, apa kesudahannya, mampukah disetakat nostalgia sahaja. Malah ada yang berani tampil kedepan dengan proposal ditindaklanjuti bersama untuk kemaslahatan dan kebajikan anggotanya. Makna sederhananya, ialah jom kita terjemahkan erti keakraban ini menguntungkan kita secara finansial. Saya bersetuju. Mari kita cari jalan keluarnya.

Ketiadaan saya di Malaysia, rupanya, kekeluargaan Sofar itu sudah terjalin mesra kental. Kemanisan kewujudannya terus mantap. Saya kagum dengan kerapatan bathin/solidarity ini terus terbina baik. Mungkin sudah terpupuk semenjak dibangku sekolah IS lagi, agaknya. Keunikan desain corak pendidikan di IS yang bertapakkan cara hidup Islami dengan kembara aktivisme social politik para gurunya telah membuka lembaran baru menghayati Islam dikalangan pelajarnya dan ianya terus membara meminta tindakan lanjutan dan saluran terbaik sebagai penghujungnya. 

Wadah dan jaringan keSofar-an ini membawa petanda kekuatan yang meminta penyaluran yang bermakna. Apakah acuan aksi selanjutnya yang hendak dimainkan. Apakah bentuk menabur budi atau membuat jasa selanjutnya. Sebelum itu dibenak terfikir apa bentuk kebajikan keSofar-an yang dapat diraih. At this crossroad of making a personal choice teringat pula kata kata sakti JFK, “Do not ask what the country could do for you, ask what you can do for your country”. Solidariti Sofar, selama ini, sudah memenuhi syarat syarat “community mobilization”, “capacity building”, “social capitals” dan “community based organization”. Yang perlu kini ialah tetuangan dari partisipasi aktif dan kolektif dari anggota jema’ahnya untuk memenuhi kebajikan dan kewangan anggotanya. 

Dari ucapan, perbualan, sembang dan cakap cakap yang terdengar dihari remahmesra itu jelas meminta pembentukan program atau tindakan lanjutan dari pimpinan jema’ahnya. Ada mengusulkan IS II. Bagi saya peribadi, IS I hardly replicated but it is doable. IS II boleh di teruskan. Tetapi, pendekatan dan pembentukan isinya mesti disesuaikan dengan suasana persekolahan/schooling dan pembelajaran/learning yang sudah berubah. Perubahan ini juga menuntut penyesuaian. Diantara penyesuaiannya ialah mutu pembelajaran dan penyekolahan boleh diperdagangkan tanpa berkompromi dengan nilai dan mutu pengisiannya. 

Terma community mobilization atau pun community entrepreneural development mengandung dua pendekatan: pendekatan kerajaan/governmental atau pendekatan bukankerajaan/ nongovernmental. Nongovernmental, di AS, disamaertikan dengan sektor ekonomi NirLaba/Nonprofit economic sector. Sama ada di AS atau di diMalaysia, sektor Nirlaba boleh membantu pembangunan masyarakat. Ada ketikanya, pendekatan dan sektor ekonomi Nirlaba memperpesat kemajuan kemasyarakatan. Saya berkeyakinan masyarakat Sofar mampu menerokai pendekatan ini dan serentak itu memenuhi kebajikan anggotanya dan juga membina dan memajukan (baca: memodenkan) masyarakat. 

Banyak sekali community-based development projects yang boleh kita bersama bangunkan. Ada ura ura berkoperasi. Ini cukup bagus. Ambil satu bidang dan berkoperilah kita. Pada asasnya, pendekatan cooperativization ini amat digalakkan kerna sekiranya cooperative economic system berfungsi satu sistem ekonomi dominan negara, kebajikan rakyat bertambah dan purchasing power rakyat meninggkat. Saya yakin partisipasi ekonomi masyarakat Sofar yang beroriantasikan collectivization ini dapat diterobosi dengan jayanya oleh ahlinya. 

Dengan fahaman dan oriantasi hakmilik bersama/collective ownership, community-based development yang diterokai bersama oleh anggotanya, dapat memajukan masyarakat dan negara. Tidaklah mustahil di adakan nonprofit or forprofit community-based and -managed school, childcare, healthcare, supermarket, natural food and organic farming center, hospital, hotel, and the list goes on and on.

Apa yang tertulis diatas bukan suatu yang baru. Yang akan diperbarui nanti ialah pemodenan dan professionalization pendekatan dan bidang yang kita akan terjuni itu. 

Kita mesti mula langkah pertama. Langkah pertama ini senada yang digambarkan oleh pepatah Cina yang menyatakan kembara seribu batu itu dimulai dengan langkah pertama. Kalau begitu kita bersikap Cina dan tidak berkesalahan bersikap saperti ini. 

Oleh Cikgu Jamaludin Mohyiddin



Komen Cg. Halim Ismail:
Pemerhatian dan buah fikir Cikgu Jamaluddin Maidin amat bermakna. Seperti yang saya sebutkan, "we are not here to celebrate the ash (or the charcoal?) but to rekindle its fire", bukan untuk glorify abu dan debu masa lalu, tapi untuk mengobar obor apinya, api semangat yang mendorong kita berbuat sesuatu yang bermakna untuk umat: projek mengangkat martabat umat; mengangkat tidak hanya melalui usaha-usaha kebajikan dan ekonomi tetapi juga kualiti ilmu, kecerdasan daya fikir dan keberanian dan ketangkasan daya tindak mereka.
Lagu Alumni Sofar


Baca selanjutnya ...

Khamis, September 22, 2011

Kejayaan Pembudayaan Emel

Seorang rakan bertanya kepada teman tentang bagaimana budaya e-mel boleh berjaya diamalkan dengan menyeluruh dalam kalangan warga dalam sesebuah organisasi. Pada pendapat teman, kejayaan penggunaan aplikasi tersebut boleh dicapai dengan segera jika pengurusan atasan mempunyai sikap yang positif dan pro-aktif untuk menggunakan medium berkenaan. Dengan syarat kemahiran dan infrastruktur medium komunikasi berkenaan telah wujud.

Teman memberi contoh di Sekolah Jenis Kebangsaan Dinding, Pundut Lumut pada suatu ketika dahulu, telah berjaya mengimplimentasi budaya tersebut. Dalam lawatan teman pada tahun 2002, pengetua sekolah berkenaan, En. Tiong Ting Ming telah menceritakan bagaimana mereka telah melakar sejarah tersendiri dalam pembudayaan ICT dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Oleh itu,  faktor kejayaan pembudayaan adalah pengurus atasan. Jika pengurusan atasan tidak memberatkan soal penggunaan medium emel, bukan sahaja masa penyampaian maklumat lemah tetapi juga kos cetakan akan meningkat.


Baca selanjutnya ...

Selasa, September 20, 2011

Komunikasi inventor menarik dan berkesan

Semalam teman membentang satu projek inovasi di depan panel yang terdiri dari orang-orang besar TM dan MPC. Selesai sesi pembentang sempena pertandingan anugerah inovasi 2011, rakan-rakan yang bersama-sama turut serta mendengar sesi berkenaan bersalaman memberi ucapan tahniah kerana teruja dengan penyampaian teman. Teman sebagai orang kerdil hanya mengucap syukur kerana telah diberi kemudahan dan lapang dada olehNya semasa sepanjang sesi pembentang tersebut berjalan.

Walaupun bagi teman itu merupakan perkara biasa, namun bagi yang baru melihat sesi berkenaan, mereka merasa sesuatu kemahiran baru yang perlu mereka kuasai sebagai inventor untuk berkomunikasi.

Teman hanya nak berkongsi tips dari aspek ‘transfomasi diri’ sahaja pada kali ini, jika mahu menguasai audien.

Jika mahu menjadi inventor yang mampu menyampaikan mesej dengan berkesan, aspek diri iaitu 3W dan 3V iaitu:


Why

Kenapa kita melakukan pembentangan? Kita tahu tujuan atau objektif  membuat pembentangan. Ini membantu kita menstruktur atau merancang dalam sesi pembentangan.

What 

Apakah kandungan yang diketengahkan di dalam pembentangan. Faktor isi kandungan sesuatu pembentangan adalah sebab utama audiens menghadiri pembentangan anda.

Who


Siapa pendengar. Dengan mengenali siapa audiens seperti latar belakang, pengetahuan sedia ada, tahap pemahaman dan apa yang bakal membuat mereka tertarik mengenai pembentangan yang bakal mereka hadiri dapat membantu pembentangan kita.

Visual

Visual membawa maksud sesuatu yang boleh di lihat semasa sesi pembentangan. Apa sahaja yang boleh dilihat akan membawa impak kepada audiens daripada baju yang anda pakai sehinggalah chart yang digunakan semasa sesi pembentangan. Semuanya memainkan peranan penting dalam pembentangan.

Antara perkara yang berkaitan dengan visual yang patut anda titik beratkan;

1. Penampilan diri.

2. Alat bantuan yang anda gunakan.

3. Nota atau apa sahaja yang diberikan kepada audiens.

Setiap visual ini akan mempengaruhi 43% tindakan audiens. Jadi pastikan setiap visual di dalam sesi pembentangan tidak akan mengganggu gugat pembentangan anda.

Verbal

Verbal pula ialah penggunaan ayat di dalam sesi pembentangan. 7% sahaja bahagian verbal ini yang akan mempengaruhi tindakan audiens. Jika berhenti separuh jalan kerana gugup dan sebagainya, ia akan memusnahkan sesi pembentangan tersebut.

Vocal

Vocal pula adalah intonasi yang digunakan semasa melakukan pembentangan. Kekuatan dan kekemasan vocal akan mempengaruhi 38% tindakan audiens. Disebabkan itulah, setiap pembentangan yang dilakukan mestilah kreatif dalam seni pengucapan awam. Anda tidak boleh bercakap terlalu mendatar! Setiap tutur kata mesti ada intonasi yang betul dan tepat. Anda mesti tahu bahagian mana perlu gunakan suara yang lantang dan bahagian mana suara yang agak perlahan.Gunakan intonasi dengan betul, audiens tidak akan bosan dengan pembentangan anda!
Baca selanjutnya ...

Sabtu, September 10, 2011

Sambut Merdeka Ke 54 Kali Terakhir

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

“Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial… Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi… Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

“Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya di Putrajaya hari ini.


HAHAHAHA... Oleh itu selama 54 tahun kita telah menjalankan kerja sia-sia menyambut MERDEKA

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah cuma kita lantik Tuan British untuk mengusahakan Tanah Melayu
Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India dan orang cina di lombong-lombong adalah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi, hasil lombong bijeh dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain dan komunis. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi polis jaga orang kampung, kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Walaupun berumah bungalow itu sebab orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencuci najis kepada pegawai British.
Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.


Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.


Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh !

Edyes @ edyesdotcom 
satira kebangsaan

p/s teringat kuliah sejarah oleh Cg Ridzuan Othman (skrg Prof UM) dengan selamba menceritakan tentang terbitnya kata nama 'keling' zaman British dulu. Tentu Prof Zainal boleh merujuk kepada Prof Ridzuan di mana pula terbit asal usul perkataan 'kling' pula.  
Baca selanjutnya ...

Khamis, September 08, 2011

Sahabat di hati: Rahmat Choo

Pada malam akhir Ramadhan lepas (29 Ogos), Teman tetiba teringat sahabat lama di Bumi Kenyalang Hj Rahmat Choo Abdullah. Lalu teman mengutus SMS ucapan hari raya.

Dua puluh minit selepas itu, teman menerima balasan SMS dari beliau:



SMS tersebut menyebabkan teman terus mendail hp. Sangkaan teman beliau berada di Sarawak adalah meleset. Rupa-rupanya beliau berada di Kuala Selangor. Dalam perbualan ringkas melalui telefon tersebut, rupa-rupanya, itulah perbualan terakhir teman dengannya. Pada tanggal 7 Sept 2011 beliau telah menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap kanser hati.

Setelah berita sedih teman terima, teman teringat kembali perbualan ringkas di telefon kali terakhir:

Teman: Assalamualaikum dan selamat hari raya
RC: Wsalam dan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Terima kasih la ingat saya
RC: Nak datang ke Kuala Selangor ke
Teman: Tidak kot sebab ada macam-macam program hari raya ni.
Teman: Macamana boleh ada di Kuala Selangor ?(soalan ini ditanya kerana setahu teman RC telah beberapa kali diduga  Allah dengan penceraian)
RC: Rumah anak.
RC: Kalau kita jumpa, tentu awak tak kenal saya, sebab saya macam orang Somalia. Badan saya kurus kering dan perut saya buncit. Saya ni baru balik kameotrapi di Sarawak dan rehat la di Kuala Selangor. Saya masih cuti sakit. Mohon tukar ke Semenanjung tak boleh sebab jawatan saya tak kosong di IPG sini.
Teman: hmm, sabar la.
RC: Kalau awak nak tengok gambar saya terakhir, add la saya kat FaceBook.
Teman: Ok nanti saya add selepas balik bercuti raya ni. Ok la Tuan Haji...semoga cepat sembuh.
RC: Terima kasih la call saya. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Itu la perbualan terakhir kami. Sekembali dari bercuti, allahyarham teman add dalam FB teman. Namun penantian teman di sah sebagai rakan masih belum dibuat oleh RC. Rupa-rupanya RC sedang bertarung dengan penyakit yang dihidapi sehinggalah teman menerima berita pemergian RC buat selama-lamya.

Sepanjang perkenalan teman dengan allahyarham, beliau adalah orang yang sangat baik, ringan tulang dan ceria. Pada tahun lepas (2010) beliau tidak lupa mengirimkan kek lapis Sarawak kepada teman. Bila bertemu dalam sesi-sesi mesyuarat Program Pembestarian Sekolah, beliau dianggap sebagi sifu dan pakar rujuk dalam program berkenaan. Pendapat dan ide selalu disegani dalam sesi-sesi mesyuarat. Namun kini, allahyarham sudah tiada. Moga Allah mencucuri rahmatnya kepada Almarhum Hj. Rahmat Choo Abdullah
 ALFatihah..

p/s Syawal tahun ini almarhum adalah satu2nya individu yang teman hantar SMS  ucapan hari raya kerana objektif tahun ini adalah tidak menghantar SMS kerana teman ingin menilai sejauhmana diri ini diingati dan dihati rakan-rakan. Terima kasih yang telah menghantar SMS ucapan hari raya.
Baca selanjutnya ...

Selasa, September 06, 2011

Kesejahteraan Benar Rakyat

Pendapatan per kapita seringnya digunakan sebagai ukuran kekayaan dan kesejahteraan penduduk di dalam sesebuah negara, khususnya dalam perbandingan antara negara. Ia biasanya diungkapkan melalui mata wang antarabangsa yang biasa digunakan seperti euro atau dolar Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita amat berguna bukan sahaja kerana ia dikenali secara meluas tetapi juga kerana ia menghasilkan statistik yang jelas dan mudah untuk pembandingan. Bagaimanapun, pendapatan per kapita mempunyai kelemahan sebagai ukuran kekayaan, khususnya apabila membandingkan negara-negara.

Justera, pendapatan benar merupakan penunjuk kesejahteraan yang lebih berguna kerana ia berdasarkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan pendapatan. Pendapatan benar ialah pendapatan seseorang atau negara selepas dilaraskan dengan kadar inflasi. Ia dikira selepas inflasi ditolak daripada pendapatan nominal. Sebagai contoh, pada 2010 Ali berpendapatan permulaan nominal ialah RM100. Jika pada 2011 kadar inflasi meningkat 10%. Dengan kenaikan kadar inflasi ini, harga umum ini meningkat dan menyebabkan barang atau perkhimatan yang berharga RM10 kini berharga RM11. Justera, dengan RM100, Ali hanya boleh membeli barang yang kurang berbanding pada tahun 2010. 

Oleh itu sempena slogan kemerdekaan Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera, teman mensyorkan supaya kita sama-sama melihat definisi kesejahteraan. Kita perlu menyelusur aspek kesejahteraan dan kekayaan benar rakyat dan individu sejenak. Pemimpin negara perlu memainkan peranan dalam Dasar Fiskal dan Kewangan dalam mengawal kenaikan kadar inflasi serta meningkatkan pendapatan nominal bagi masyarakat supaya kesejahteraan rakyat meningkat dan transformasi lebih signifikan.
Baca selanjutnya ...

Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Slogan -Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera - amat tepat sekali di dalam memacu rakyat menuju status negara maju. Jika diteliti dari segi makna perkataan 'tranform' ia membawa maksud perubahan. Slogan ini sangat signifikan jika setiap individu menghayati secara mendalam. 

Perubahan yang harus dibuat adalah perubahan yang bersifat positif. Bermula dari perubahan dalaman iaitu dari hati kepada sikap dan amalan yang baik, akan membawa impak positif kepada kehidupan seseorang individu. Jika seorang warganegara berubah diikuti dengan perubahan peringkat komuniti, secara tidak langsung negara akan menjadi lebih sejahtera.

Transfomasi akan menjadi mudah serta menyeronokkan jika perubahan itu bersandar kepada tiga komponen iaitu iman, jihad serta matlamat akhir untuk mencapai syurga. Transfomasi ini akan membawa maksud bermula daripada awal juga perlu diubah kepada memulakan sesuatu dengan mengingati matlamat akhir kerana cara itu lebih berkesan untuk mendorong seseorang berubah.Matlamat bukan sahaja hanya kepada jangka pendek tetapi meliputi kehidupan selepas kematian.

Cerita sejarah hijrah dan transformasi Nabi Muhammad SAW adalah cerita lama yang boleh dijadikan inspirasi jika individu dapat menghayati cara hidup Baginda dalam niat untuk melakukan perubahan ke arah kehidupan lebih sejahtera. Walaupun asasnya perubahan seolah-olah sukar untuk dilaksanakan tetapi dengan keyakinan kepada janji Allah seseorang itu mampu melakukannya dengan syarat sentiasa berdoa bersungguh-sungguh, berusaha melakukan suruhan agama, kreatif dalam berusaha dan akhirnya bertawakal kepada Allah.
Baca selanjutnya ...

Isnin, September 05, 2011

Al Fatihah Assyahid Noramfizul

Jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia. 

Pada hari sebelum kejadian teman melihat di kaca TV bagaimana seorang ketua rombongan bersama-sama dengan rakyat Somalia dengan ceria menunjukkan isyarat tangan 1Malaysia. Berkata hati kecil teman, adalah baik jika jari telunjuk yang diisyaratkan itu menunjukkan Allah yang satu sebagai ikatan persaudaraan sesama Islam. Allahyarham mempunyai satu fikrah satu aqidah dan satu niat dengan teman dalam menjalankan misi . Di mana, harapannya umat Islam di Somalia dan seluruh dunia tidak diancam penyakit kemurtadan akibat kemiskinan dan kebuluran.


Pengalaman saat terakhir Allahyarham

“Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin.

Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia). Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran.

Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.

Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.

“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul.

Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.

“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.

“Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.
Baca selanjutnya ...

Jumaat, September 02, 2011

Sejarah dan Perspektif Mat Sabu


Masa teman di tingkatan enam dulu, teman pernah menulis dalam kertas peperiksaan sejarah STPM menggunakan pendekatan kritis. Teman telah menjawab kertas peperiksaan mengikut kajian teman sendiri atau dengan kata lain bukan mengikut tafsiran RO Winsterd atau mana-mana sejarahwan oreintalis atau pendapat sejarahwan tempatan yang pro orientalis. Maka bila teman menjawab soalan sejarah tersebut, teman seperti pembela kepada kumpulan KMM, AWAS dan lain-lain kumpulan pertubuhan yang dianggap oleh penjajah British sebagai puak berhaluan kiri. Datuk Onn menganggap golongan kiri ini sebagai golongan “Bahaya dari Gunung”.


Jika teman berada di zaman 1940an, teman juga mungkin digolongkan sebagai kiri. Apa tidaknya semasa menjawab soalan tersebut, teman menyatakan bahawa yang betul-betul menentang British dari awal pendudukan di Tanah Melayu adalah golongan yang tidak mahu berkompromi dengan golongan penjajah seperti KMM dan AWAS. Tetapi teman bercakap ketika itu menulis kertas jawapan atas platform akademik.

Kini YB Mat Sabu telah memulakan semula dengan memberi orientasi pensejarahan mengikut perspektif timur. Tetapi telah dikontroversikan oleh golongan pro UMNO dan pendatang kerana beliau bercakap atas platform politik.


Mat Indra
Ahli sejarah tempatan kena melihat secara positif siapa yang HERO dan siapa PENGKHIANAT. Mat Sabu menggunakan contoh Muhammad Indera sebagai Hero kerana menyerang polis-polis British dalam peristiwa Bukit Kepong. Tetapi ahli sejarah melihat Muhammad Indera sebagai Pengkhianat kerana beliau memilih wadah PKM sebagai pertubuhannya.
Riwayat Mat Indera
Versi lain (mat indera1, mat indera2)

Bagaimana  pula dengan sejarah negara tentang Tok Janggut adakah dia juga akan dianggap sebagai pengganas? Tok Janggut menentang British, yang mana orang Melayu juga telah menjadi talibarut British mengutip cukai. Tok Janggut telah membunuh seorang anggota polis bernama Sarjan Che Wan. Kenapa ahli sejarah mengganggap Tok Janggut sebagai pejuang pula?

Pada teman kerana Tok Janggut tidak memilih PKM sebagai wadah walapun matlamat mereka sama untuk menghalau penjajah dan kuncu-kuncu penjajah dari bumi Tanah Melayu. Tetapi bagi orang seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Mat Indra dan lain-lain yang telah memilih PKM, walau pun matlamat mereka seperti Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan lain-lain untuk menentang pendudukan British dan kuncu-kuncu Melayu British, tetapi oleh kerana PKM telah digazetkan sebagai pertubuhan yang setaraf ‘najis ‘ oleh ahli sejarah pro pemikiran RO Winsterd dan Barat, maka mereka telah dianggap Pengkhianat.

Soalnya sekarang, siapakah British dan tali barutnya (dalam kalangan orang Melayu) di mata sejarahwan? Penjahat? atau Hero? atau Pejuang Kemerdekaan?

Sedangkan mereka lah yang bertanggungjawab melaksanakan polisi 'pecah dan perintah. Polisi ini juga telah menyebabkan wujudnya masyarakat 'pendatang' serta corak sosial yang berasaskan fungsi ekonomi. Kemuncak adalah meletusnya Peristiwa 13 Mei 1969.


Baca selanjutnya ...

Sabtu, Ogos 27, 2011

Ali Setan yang dimarahi oleh PEMUDA UMNO


Azmil Mustafa telah menggemparkan komuniti UMNO yang menyebabkan mereka telah membuat laporan polis kerana menghina sultan.

Baca selanjutnya ...

Khamis, Ogos 25, 2011

Keldai! Kau Tipu

Dalam sebuah ladang tinggal seekor keldai bernama Kautipul Bukulali dan seekor kancil bernama No Brand. Kedua-dua binatang ini berkawan sejak dari kecil lagi. Kancil No Brand telah melahirkan anak bernama Sakatan dan ia sangat sayang kepada anak kancil tersebut. 

Suatu hari kancil No Brand telah diajak oleh lembu Tong Na pergi ke hutan mencari makanan bernama ulam toya kesukaan Tong Na. Anak kancil Sakatan ditinggalkan kepada keldai Kautipul Bukulali untuk dipeliharanya buat seketika. 

Setelah lama kancil No Brand tidak pulang-pulang, anak kancil telah menjadi sayang kepada keldai Kautipul Bukulali dan menganggapnya sebagai ibu. 

Tidak lama kemudian, kancil No Brand telah kembali ke ladang. Namun anak kancil Sakatan telah menganggap keldai Kautipul Bukulali sebagai ibunya dan sentiasa mengekori keldai tersebut ke mana-mana. 

Kancil No Brand tidak senang hati kerana anak kesayangannya telah tidak menyayanginya. Lalu dia pun merayu kepada keldai Kautipul Bukulali memulangkan anaknya. Malangnya keldai Kautipul tidak mahu berbuat demikian. 

Keldai Kautipul : Ini anak aku. 
Kancil No Brand : Tidak, ini anak aku lah. Kenapa kau rampas anak aku. 
Keldai Kautipul : Jika kau tak percaya, kau lihat anak ini selalu mengikuti aku. 

Kancil No Brand tidak puas hati dengan alasan keldai tersebut, seraya berkata: 

Kancil No Brand : Jika kau masih berkeras, mari kita berjumpa dengan hakim. 
Keldai Kautipul : Ok, aku sanggup bersumpah dan cabar kau supaya bersumpah. 
Kancil No Brand : Ok kalau begitu, kalau aku benar, kau dilaknat jadi katak panjang. 

Mereka pun pergi menemui hakim untuk menyatakan masalah mereka. 

Keldai Kautipul : Tuan, kami ada masalah untuk diselesaikan. 
Hakim : Kamu berdua pergi la balik kerana hari ini aku datang haid. Jadi aku tak boleh mengadili kes kamu berdua.. 
Keldai Kautipul : Aik, bukan ke tuan adalah kucing jantan? Bagaimana bisa datang haid. 
Hakim : Jadi, kalau aku kucing jantan tak boleh datang haid, bagaimana pula kamu keldai boleh beranakan seekor kancil. 
Kancil No Brand : hahaha.. sekarang aku yang benar. 

Semenjak dari itu Keldai Kautipul Bukulali telah menjadi katak panjang akibat sumpahan sehingga hari ini.
Baca selanjutnya ...

Dunia Kasih Sayang

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah (kawasan sebenar), nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti buru-buru mahu melintas ke seberang jalan.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana terdapat seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar pabila tertampak monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas diri di atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sampingnya ada darah dan cebisan daging.

Namun yang paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna KELABU. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah ANAK yang masih dalam kandungannya! MashaALLAHhh..!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya. Nyawa si kecil pasti melayang sebelum sempat melihat wajah tercinta si ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tetapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir sahaja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya MONYET. Haiwan bodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi TIDAK kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini kerana tragedi yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa seawal 1990-an.

Pembaca Blog Teman yang diRAHMATi Allah Azza waJalla,

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya dipamit oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat berburu, tetapi daripada bosan terperuk di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah menggalah, namun tiada kedapatan pun seekor haiwan yang melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pakcik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pakcik menepuk-nepuk senapang RELAnya.

Bilang pakcik, “Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan.”

Kami berjalan pulang, dan selang dua tiga puluh derap langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik rimbunan pohon berdaun lebat di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah tempatan.

Saya perhatikan pakcik begitu berminat memerhatikan tingkah nakal haiwan tersebut. Di bibirnya terukir seulas senyuman. Senyuman yang saya faham benar akan tamsilannya. Adakah pakcik hendak memuntahkan peluru senapang RELAnya menembak monyet-monyet itu?

“Haa.. Pakcik nak tembak ibunya, lepas tu pakcik nak ambil anaknya. Nanti boleh bela,” begitu jawapan pakcik.

Masih saya ingat juga, saya berulang kali mendesak pakcik supaya membatalkan hasratnya itu, namun hampa. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pakcik petang itu, “Daripada balik tangan kosong…” lalu dia mengancungkan senapangnya ke arah kawanan monyet tadi, dan…

DAMMM!!!

Demi berdentum sahaja senapang, bertempiaran dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting jatuh serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah!

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan dengan kami. Saya dan pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sang anak yang baru berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pakcik terdiam melihat si anak menghisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran si ibu monyet tersebut. Namun, mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya kerana.. selepas ini, ibu akan pergi, nak. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi tatkala kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau disengat panas.

Mata si ibu monyet itu menyorot lemah ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Tubir mata ibu monyet, saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu. Mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan ALLAH Ta’ala ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah... begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan kudrat yang masih berbaki, kami lihat si ibu mengucup anaknya kesekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai di tanah, bisa penabur dari muncung senapang pakcik tadi tiada daya ditanggung jasad si ibu monyet.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu… sudah tidak berNYAWA lagi. Puas menjerit, si anak menyusu semula tanpa mengetahui sebentar nanti tubuh si ibu akan menjadi sejuk dan beku.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pakcik. Dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya takungan air mata kami pecah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan tidak rela berpisah dengan ibunya yang telah kaku.

Di dalam perut kereta, saya hanya mengunci kata. Begitu juga pakcik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga punya perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita MANUSIA…? Mana hilangnya aqal WARAS kami??

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia RINDUkan ibunya. Apabila malam, keadaan bertambah teruk dan akhirnya.. MATI (noktah).

Kini saya sudah bekerja dan berumahtangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan berkasih-sayang. Yang KEJAM adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan aqal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang seorang wanita bergelar IBU.

Pakcik? Dia sudah jarang berburu. Jika terserempak kawanan monyet sekalipun, pakcik tidak akan menembaknya..

* Pertama kali saya baca kisah ini ketika sedang menjaga anak-anak didik saya yang sedang menghadapi ujian bulanan sekitar Mac. Beberapa orang 'anak-anak' saya perasan akan kehadiran air mata yang mengalir di pipi. Ya, barangkali emosi saya tersentuh pabila berkait dengan kes-kes sosial remaja kini. Ya ALLAH.. KAU lindungilah kami dari seksaan azab NERAKA-Mu dan tunjukilah serta pimpinilah kami ke jalan yang lurus, ameen..

Ukht Murfiqah – Firaqiyatoun, Malizia. 
Baca selanjutnya ...